Ianya satu inisiatif yang baik daripada Vans untuk mencungkil bakat baharu dari serata Asia. Menerusi House Of Vans, artis dan pelukis dari negara Asia berpeluang untuk berkongsi karya mereka kepada dunia.

Kide Baharudin yang berasal dari Kuala Pilah melihat pertandingan Vans Asia Custom Culture sebagai satu medium untuk berkongsi karyanya kepada dunia. “Kide adalah salah seorang finalis Asia Custom Culture tahun lalu dan gaya ilustrasi beliau juga sangat vibrant, energetik dan selari dengan semangat Off The Wall,” kata Justice Lee, direktor kreatif Vans APAC.

Kide 2

Kide melukis di bengkel lukisannya. Beliau turut sama mengendalikan ladang lebah milik keluarganya di Kuala Pilah

Kide 3

Lukisan Kide menerapkan elemen hubungan antara manusia serta sejarah di Malaysia

Kide 4

Kide 5

Kide bersama mentornya, Fritilldea untuk rekaan Kasut Asia Custom Culture 2017

Kide 6

Rekaan akhir Kide untuk Asia Custom Culture 2017

“Setiap rekaan saya akan mulakan dengan random sketches dan research terlebih dahulu. Idea juga datang dari buku, internent dan tempat yang saya pernah pergi. Jadi setiap idea itu akan datang dan menjadi satu cerita. Saya juga suka untuk tambah elemen humor serta elemen tempatan dan sejarah dalam karya saya,” kata Kide.

House Of Vans akan berlangsung di Kuala Lumpur hujung minggu ini. Jadi sekiranya anda mahu bertemu secara dekat dengan Kide serta beberapa skateboarders ternama negara, bolehlah ke House Of Vans. Butiran aktiviti dan lokasi anda boleh dapat di sini. Terus berkarya Kide!

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group