Pada tahun 2014 ke belakang, apabila diimbas kembali pada waktu itu tiada media yang memfokuskan kepada niche kisah positif dan inspirasi. Pada ketika itulah, satu startup digital media telah ditubuhkan untuk membawa mesej positif kepada sasaran pembaca mereka.

Kemunculan laman web ini di waktu itu adalah di tengah-tengah blog dan laman web besar lain yang gah dengan 5 juta Facebook Likes dan memaparkan pelbagai cerita menarik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Meskipun begitu, strategi menggunakan tajuk yang ‘catchy’, jalan cerita menarik dan bersifat positif serta memberi inspirasi menjadi tarikan dan menjadikan laman web ini disukai ramai. Sejak itu laman web ini bergerak dan membesar dengan pantas sebagai ‘startup digital media’ mesra pengguna.

vocket-talk-1

Sehingga kini sudah 2 tahun ia beroperasi serta berdiri di tempat yang tersendiri sehingga turut menjadi ikutan beberapa laman web bersifat startup digital media yang lain termasuk yang telah bertapak lama di dalam industri ini.

Laman web yang saya maksudkan itu adalah TheVocket.com yang anda sedang layari ini.

Mengimbas kembali bagaimana Vocket terbina, berikut sebahagian catatan oleh pengasas Vocket, Tuan Mohd Fazreen;

1 Julai 2014, saya memulakan laman web The Vocket untuk memberi pendedahan kepada 10 orang yang mengikuti saya di Facebook tentang ‘digital publishing’. Itu lah idea asalnya.

Tidak pernah terlintas dan tidak pernah ada dalam perancangan hidup saya untuk membina Vocket seperti yang anda lihat sekarang. Walaupun sebelum ini sudah banyak web yang saya buat baik untuk pasaran luar negara mahupun dalam negara.

Apa yang ada cumalah untuk memberi knowledge kepada 10 orang ini tentang dunia digital media. In fact domain thevocket.com itu sudah dibeli lebih awal sebelum munculnya idea untuk berkongsi knowledge tersebut.

vocket-talk-7

Jika disorot kembali bagaimana orang-orang dahulu berjuang mengubah masyarakat, salah satu caranya adalah dengan menulis sepertimana yang telah dilakukan oleh golongan muda di zaman tersebut.

Dan inilah juga yang sedang kami di Vocket usahakan. Cuba mengubah masyarakat agar menjadi lebih positif serta mempunyai halatuju dalam hidup dengan cara menyediakan konten menarik, memberi impak positif serta berinspirasi melalui ‘story telling’.

Pernah satu ketika masyarakat di negara ini (khususnya pembaca bahan bacaan berbahasa Melayu) lebih meminati buku kisah-kisah tahyul, cerita dalam kain, kisah gosip dan bahan bacaan yang tidak membina minda.

Namun kini dapat dilihat masyarakat semakin gemar membaca kisah inspirasi, panduan bisnes dan keusahawanan serta tip-tip travel.

Bagi kami di Vocket, ini adalah satu perkembangan positif yang menggembirakan. Apatah lagi Vocket merupakan antara yang terawal mempopularkan kisah inspirasi daripada travel dan pengembaraan.

vocket-talk-4
Sebahagian daripada team kecil kami.

Selain daripada itu, Vocket juga menjadi ruang bagi mereka yang mempunyai bakat terpendam untuk menulis dan menyampaikan suara mereka secara positif.

Kami sedar tidak semua mampu menulis setiap hari. Tapi ada ketikanya anda ingin berkongsi kisah jatuh bangun hidup anda agar dapat dijadikan panduan dan teladan kepada insan lain.

Atau anda ingin berkongsi kisah positif tentang insan di sekeliling yang telah berjaya membuatkan anda melihat dunia dari sudut yang berbeza. Dan Vocket adalah antara tempatnya untuk anda menyampaikan mesej tersebut.

Namun itu tidaklah bermakna kami para editor dan curator langsung tidak menulis. Meskipun menerima sumbangan penulisan daripada pembaca dan audience, kami tetap menulis dan berkongsi maklumat daripada sudut pandang kami.

vocket-talk-8
Barisan editor dan penulis Vocket. Oh… dan terselit juga di situ IT engineer kami.

Antaranya pengasas Vocket,  Tuan Mohd Fazreen membicarakan tentang isu golongan muda yang ingin berhenti belajar atas alasan mahu berbisnes.

Melalui artikel Nasihat Jujur Usahawan Ini Tentang Berhenti Belajar Untuk Berniaga, beliau memberikan pandangan tentang pentingnya menamatkan pengajian dan mempunyai hala tuju dalam hidup.

Puan Nurulwahida pula pernah mengupas tentang perebutan Laut China Selatan dan ancaman yang diberikan oleh China kepada Malaysia melalui artikel Respon Malaysia Terhadap Pencerobohan China Di Laut China Selatan.

Begitu juga dengan editor Cik Diyana yang berkongsi kisah inspirasi tentang wanita berhati waja dan banyak menyumbang kepada masyarakat di artikel 5 Perkara Tentang Dr Harlina Halizah Yang Anda Patut Tahu.

Dan saya sendiri pula berkongsi tips dan trick bagaimana menjimatkan kos perbelanjaan sewaktu travel melalui artikel 20 Cara Saya Berjimat Sewaktu Travel Di New Zealand.

Kami juga berjaya mengetengahkan kisah-kisah yang berkisar di dalam masyarakat kita yang kelihatan biasa-biasa tapi mempunyai sudut inspirasi tersendiri.

Antaranya kisah inspirasi keusahawanan yang ditulis oleh editor Puan Nurulwahida tentang usahawan wanita yang pernah bekerja di KFC berjaya membangunkan perniagaan beliau sehingga mempunyai 1500 ejen dan bagaimana pemilik sebuah syarikat sewa kereta berjaya mengembangkan perniagaan daripada hanya memiliki 1 kepada 1100 buah kereta.

Editor Cik Diyana yang gemar menulis isu-isu berat pernah menyentuh tentang kemelut yang melanda Greece yang kehabisan wang tunai dan apa yang rakyat Malaysia perlu tahu tentang isu ini, juga bagaimana seorang guru yang bercita-cita tinggi nekad meninggalkan kerjaya beliau untuk menjadi usahawan.

Kisah inspirasi travel juga tak kurang mendapat sambutan daripada pembaca kami. Antaranya pendedahan tentang risiko besar yang ramai pengembara ambil ringan sewaktu mengembara serta kisah menyentuh hati persahabatan 3 pemuda yang berbasikal dari London ke Malaysia dengan seekor anjing bernama Ohrid.

Di atas adalah sedikit kisah bagaimana Vocket menjadi ‘influencer’. Dan apa yang saya kongsikan di sini hanyalah sebahagian kecil daripada apa yang telah kami lakukan di Vocket.

Bagaimana Vocket sebagai ‘startup digital media’ yang menyediakan konten positif mengorak langkah dan bertapak sehingga mempunyai pengaruhnya yang tersendiri adalah sesuatu yang menarik untuk dikongsikan.

vocket-talk-9
Puan Nurulwahida Othman

Untuk itu Puan Nurulwahida Othman yang merupakan editor merangkap pengasas bersama Vocket, bakal berkongsi di VocketTalk 2016 yang akan diadakan pada 12 Nov 2016 ini tentang bagaimana start up seperti kami berkembang sehingga menjadi ‘influencer’.

Bercakap tentang Puan Nurulwahida (kami memanggil beliau Puan Wida), mengenali beliau secara dekat sebagai rakan sepasukan, ingin saya kongsikan sedikit tentang wanita yang pada dasarnya kelihatan lemah lembut tetapi berpendirian tegas ini.

Pernah bekerja di bahagian IT di Shell, graduan daripada Universiti Islam Antarabangsa ini bermula di Vocket secara sambilan sewaktu beliau masih bekerja.

Selepas 8 tahun bersama Shell, beliau akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan syarikat multi nasional ini dan bekerja dari rumah.

Selain daripada itu sebelum menyertai Vocket, Puan Nurulwahida juga aktif dalam pelaburan hartanah dan memiliki pengetahuan serta pengalaman yang agak mendalam dalam bidang ini.

Namun beliau lebih gemar bersikap low profile tentang pelaburan hartanah (habis lah saya kena marah kerana dedahkan hal ini. Haha).

Menurut Puan Nurulwahida, beliau banyak belajar tentang bisnes setelah menyertai Vocket. Melihat bagaimana keputusan-keputusan bisnes diambil, pengambilan staf, kerjasama dalam tim, dan kerjasama luar tim, merupakan antara perkara-perkara baru beliau pelajari semasa menggerakkan startup dalam kumpulan secara remote.

vockettalk-2016

Jika anda ingin belajar bagaimana story telling bukan hanya mampu mengubah masyarakat tetapi juga membawa Vocket sebagai jenama yang anda lihat hari ini, sertai VocketTalk 2016 dengan mendaftar di link ini.

Selain daripada Puan Nurulwahida, turut berkongsi pentas VocketTalk 2016 yang akan diadakan nanti ialah pengasas Benang Hijau iaitu Puan Fadzilah Mamat. Beliau pernah berkongsi bagaimana Benang Hijau berkembang sehingga memiliki 18 butik seluruh negara.