Minggu ini kecoh apabila RM1 bilion akan diperuntukkan untuk membaiki sekolah daif di Sarawak. Agak hairan juga sebenarnya mana datang wang sebanyak ini? Hari-hari kita mendengar kerajaan tidak ada duit, bajet kena potong, “penurunan 70%”, tapi tiba-tiba Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dapat RM1 bilion untuk sekolah daif?

Apa benda ni?
PH hendak kencing lagi ke?
Buat Uturn sharp corner pula ke?

Ajaib sungguh!

Mana datang duit ini? Pak Arab mana pula yang derma?

Ok sebenarnya macam ni;

Pada September 2018, YB Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melakukan lawatan ke Sarawak untuk meninjau keadaan sekolah daif di negeri berkenaan.

Maszlee singgah di daerah Samarahan dan Simunjan untuk melihat keadaan empat sekolah di kedua-dua daerah itu. Termenung jauh beliau melihatkan kedaifan yang ada, pintu tercabut, bangunan usang, tangga hampir reput, tiang dimakan anai-anai.

Tapi biasa lah, belum pun Maszlee naik kapal terbang balik Putrajaya, askar askar pembangkang dah mulakan kempen serang Maszlee dan KPM.

“Pergi berlakon sahaja itu minta kesian. Walhal kencing!”

“Pergi lawat sahaja buat apa? Bagi duit laaa!”

“Alaahh Maszlee sembang. Sudahnya duit ke Sekolah cina!”

Ya tuan puan takkan lupa kot kutukan-kutukan itu berlegar di seluruh Facebook dan Whatsapp nak undermine kepimpinan Maszlee.

Buat kerja biarlah berstrategi, tunggu masa sesuai, kemudian dah tiba masa terus strike!

Itu lah yang dibuktikan oleh kepimpinan KPM melalui Dr Maszlee.

Bak kata orang putih;

Show, don’t tell.

Dan masa yang tepat itu muncul ketika Maszlee bertemu dengan YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Selasa tadi.

Masa tepat untuk apa?

Masa yang tepat untuk Maszlee sebagai kepala kementerian Pelajaran bagi cadangan dan solusi mutlak tentang bagaimana hutang Kerajaan Negeri Sarawak sebanyak 1billion tidak perlu dibayar kepada kerajaan pusat, sebaliknya digunakan terus untuk tujuan pembaikan dan pembangunan semula sekolah-sekolah daif di seluruh negeri Sarawak!

View this post on Instagram

KENYATAAN MEDIA – UNTUK SIARAN SEGERA KABINET BERSETUJU BAYARAN HUTANG RM 1 BILION DARI KERAJAAN NEGERI SARAWAK UNTUK MENYELESAIKAN ISU SEKOLAH DAIF Hari ini Kabinet telah meluluskan bayaran hutang RM 1 bilion kepada Kerajaan Persekutuan dari Kerajaan Negeri Sarawak untuk menyelesaikan isu sekolah daif di Sarawak. Keputusan ini adalah susulan daripada persetujuan antara Menteri Pendidikan dan Ketua Menteri Negeri Sarawak ketika lawatan Menteri Pendidikan ke Pejabat Ketua Menteri Negeri Sarawak pada 19 Februari 2019 untuk membincangkan isu yang akan memberi manfaat kepada 436,000 murid di seluruh negeri Sarawak. Sebuah jawatankuasa khas yang akan dianggotai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kewangan serta Kerajaan Negeri Sarawak akan ditubuhkan untuk memastikan tadbir urus yang bersih dan proses yang telus dapat dilaksanakan. Di peringkat perlaksanaan pula, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak akan ditugaskan sebagai agensi pelaksana. Kabinet juga telah bersetuju agar projek ini dipantau rapi untuk memastikan wang RM 1 bilion yang akan digunakan nanti benar-benar digunakan secara efisien dan memberi manfaat kepada semua anak murid dan warga guru di sekolah yang terbabit. Saya dengan ini ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan serta Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg kerana bersama-sama dengan saya untuk memastikan akses kepada pendidikan berkualiti satu realiti pada masa hadapan untuk anak-anak Sarawak. YB Dr Maszlee Malik Menteri Pendidikan Malaysia 20 Februari 2019

A post shared by MM (@maszlee) on

Kerajaan Negeri Sarawak mempunyai hutang berjumlah RM1 bilion dengan Kerajaan Persekutuan dan kalau difikirkan logik, pembayaran hutang ini sudah tentu akan mengambil masa yang lama dan manfaatnya pun tidaklah menyeluruh.

Jadinya, kerajaan Sarawak bayar hutang ke kerajaan pusat dengan cara bangunkan fasiliti, dan tingkatkan kualiti pendidikan secara menyeluruh ke negeri Sarawak.

Kalau susah anda nak faham, dia seperti anak ada hutang ayah, ayah cakap duit bayar hutang itu pakai untuk beli sofa dan perabot rumah kau tidak perlu bayar ke ayah.

Akhirnya Maszlee setuju, Abang Johari pun setuju. Selesai!

Ini penyelesaian pintar di mana pembayaran hutang ditukar ganti untuk pembangunan sekolah yang jelas akan memberikan manfaat dan kegembiraan kepada 436,000 anak-anak di Sarawak. Selepas ini, mereka akan mendapat sekolah yang lebih selesa dan kondusif.

Dengan kata lain, setiap anak anak di Sarawak mendapat kurang lebih RM2,293 manfaat dalam bentuk pendidikan jangka panjang melalui penstrukturan penyelesaian hutang kerajaan Persekutuan.

Pulang dari Sarawak, Dr Maszlee tanpa bertangguh mengemukakan persetujuan yang dicapai kepada Jemaah Menteri untuk menggunakan hutang Kerajaan Negeri Sarawak kepada Kerajaan Persekutuan bagi tujuan pembangunan sekolah daif.

Jemaah Menteri bersetuju tanpa bantahan!

Ini sebuah idea yang baik dan merupakan satu bentuk penyelesaian pintar kerana tidak melibatkan apa-apa peruntukan tambahan, sebaliknya menggunakan wang hutang demi manfaat rakyat yang pulangannya amat berharga buat rakyat Sarawak.

Tapi macam mana nak pastikan RM1 billion ni dipakai dengan elok tidak ada sakau duit macam kes solar panel dulu?

Caranya mudah, Jemaah Menteri akan pantau semua projek yang berkaitan ini dan sebuah jawatankuasa khas yang dianggotai oleh Kementerian Pendidikan, Kementerian Kewangan serta Kerajaan Negeri Sarawak akan ditubuhkan untuk memastikan tadbir urus pelaksanaan projek ini menepati ciri-ciri bersih, cekap, amanah.

Jemaah Menteri juga menyatakan persetujuan untuk Jabatan Kerja Raya Sarawak menjadi agensi pelaksana.

Ya jangan anda ingat Jemaah Menteri ni ada Maszlee, Dr Mahathir dan Syed Saddiq saja. Dalam tu ada PKR, ada AMANAH dan paling penting ada wakil parti DAP yang anda selalu amukkan tu.

Begitulah kisahnya tuan puan,
bagaimana RM1 bilion dapat diperoleh dalam masa satu hari untuk projek baik pulih seluruh sekolah daif di Sarawak.

1.Hutang selesai

2. Sekolah naik taraf

3. Ekonomi setempat pun bergerak kerana peluang pekerjaan daripada projek-projek baik pulih.

4. Semua orang pun gembira.

Tapi nombor 4 ni bukan semua orang gembira lah.

Orang orang yang suka mencari salah, suka memperlekeh, suka sabotaj, suka sebar spekulasi dan fitnah, suka kutuk usaha dan inisiatif baik manusia lain,

Orang-orang ini tidak akan pernah bertemu kegembiraan tuan puan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahualam.

Artikel di atas disumbangkan oleh Fdaus Ahmad. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka