Bayangkan jika anda ditangkap dan didakwa kerana menyuarakan pendapat dan menyatakan kebenaran, adakah anda akan tetap teguh dengan pendirian anda untuk pertahankan hak anda?

Pernah dikritik, ditangkap polis, dan dihalang ke luar negara malah, beliau pernah menerima sebanyak 9 pertuduhan diatas akta hasutan. Walaubagaimanapun, tuduhan yang dilempar keatasnya tidak menghalang beliau untuk terus berkarya. Beliau adalah Zulkiflee Anwar Haque atau lebih dikenali sebagai Zunar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Zunar yang berusia 56 tahun dan berkecimpung dalam dunia melukis komik selama hampir 43 tahun kini bebas daripada segala pertuduhan yang pernah dilemparkan kepada dirinya.

Blog-Cartoonkini-GST-5-Feb-2018-Copy-1024×709
Sumber: Zunar

Beliau merupakan seorang pelukis komik politik yang mendapat tekanan daripada pihak kerajaan sebelum ini kerana beliau mengkritik kerajaan terdahulu dengan menggunakan lukisan beliau.

Beliau akan melukis berkenaan salah laku ataupun penyalahgunaan kuasa sebagai satu cara untuk mengkritik pihak kerajaan, dan disebabkan itu beliau yang sering mengkritik kerajaan terdahulu mendapat tentangan berbanding kerajaan sekarang.

Terdapat banyak komik yang beliau lukis menjadi perhatian orang ramai kerana ia berkenaan dengan isu semasa dan kontroversi.

Cartoonkini-PINK-PERMATA-22-June-2017-1024×810

Cartoonkini-MALAYSIA-BARU-8-Aug-2018-1-1024×780

Menurut beliau, jika kerajaan baharu melakukan perkara yang salah seperti penyalahgunaan kuasa seperti rasuah dan sebagainya, beliau akan tetap mengkritik kerajaan kerana bagi beliau kebenaran harus dibongkarkan dan beliau sendiri bukanlah seorang kaki ampu.

Bakat bukan anugerah tapi ianya satu tanggungjawab yang merupakan moto hidup Zunar dan bagi beliau bakat yang ada bukanlah untuk kepentingan diri tapi digunakan untuk berkongsi bersama.

Harapan beliau, pelukis-pelukis muda perlu mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dalam bidang yang lain kerana bakat yang ada belum cukup untuk menjamin masa depan para pelukis. Sekiranya, anda ingin membeli buku yang dihasilkan beliau dan ingin melihat karya beliau, anda boleh lihat di laman web ini.