Sejak penularan awal wabak COVID-19, kita dihidangkan dengan cerita wabak yang mula tersebar di Wuhan, China pada hujung tahun 2019. Kemudian ia mula singgah di beberapa negara luar termasuk Malaysia sejak awal tahun 2020.

Penularan yang telah menjangkiti 187 juta orang di seluruh dunia kini sudah memasuki beberapa episod atau ‘kelahiran’ baharu. Di mana kini dunia sedang bertarung dengan varian Delta yang sedang menular ke hampir 100 buah negara sejak empat bulan lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan kadar kebolehjangkitan varian Delta mencecah 60 hingga 70 peratus, varian baharu ini telah menjadi varian dominan COVID-19 di beberapa negara terutamanya di beberapa negara besar seperti England, Amerika Syarikat (AS) dan Rusia.

Varian ini juga tidak terkecuali telah menyerang Malaysia sejak beberapa bulan lalu, dengan Sinar Harian melaporkan sebanyak 80 kes varian Delta yang berasal dari India telah dikesan di negara kita mengikut data pada 2 Julai yang lalu.

Campur vaksin

Bagi melawan varian Delta yang seperti ‘liat’ untuk ditewaskan ini, pakar telah mencadangkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menggunakan kaedah heterologus atau campuran vaksin.

Memetik laporan berita Sinar Harian, dalam satu temubual dengan pakar virologi daripada Universiti Sains Malaysia, Profesor Madya Dr Yahya Mat Arip melihat kaedah campuran vaksin mampu memberi perlindungan lebih kepada penerima vaksin COVID-19.

Dr Yahya berkata kaedah campuran vaksin mampu menampung kekurangan yang ada pada setiap vaksin. Sebagai contoh, jika vaksin AstraZeneca digabungkan dengan vaksin Pfizer, ia akan memberi lebih perlindungan iaitu kekurangan AstraZeneca dapat ditampung oleh Pfizer.

Tambah beliau lagi, varian Delta mempunyai kadar kebolehjangkitan yang tinggi berbanding varian lain sehingga keberkesanan setiap vaksin sedikit terjejas – bukan tidak berkesan. Jadi dengan kaedah mencampur vaksin, beliau melihat mana-mana vaksin yang terjejas sedikit keberkesanannya akan dapat ditampung oleh vaksin yang lain.

Namun cadangan ini perlu diteliti sehabis baik oleh pihak KKM. Kajian atau dapatan data dari negara-negara yang sudah melaksanakan kaedah ini juga perlu diperoleh oleh pihak KKM bagi memberi gambaran yang lebih jelas mengenai kaedah ini sebelum digunakan di Malaysia.

Di rantau Asia Tenggara, Thailand semalam sudah menyatakan hasrat mereka untuk menggabungkan dua pengeluar vaksin yang berbeza. Di mana mereka akan menggunakan vaksin COVID-19 AstraZeneca sebagai dos kedua bagi rakyat mereka yang sudah menerima suntikan Sinovac sebagai dos pertama.

Selain Thailand, Vietnam juga mencadangkan perkara yang sama di mana para penerima vaksin di negara terbabit akan mendapat vaksin Pfizer sebagai dos kedua bagi mereka yang sudah menerima vaksin AstraZeneca pada suntikan pertama.

Dalam 6 bulan terakhir, 99.5 peratus orang meninggal dunia kerana tidak divaksin COVID-19. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Dalam 6 Bulan Terakhir, 99.5 Peratus Orang Meninggal Dunia Kerana Tidak Divaksin COVID-19

Dikecam Selepas ‘Demand’ Mahu Jenis Pfizer, Ifa Raziah Nafi Memilih Vaksin

Ribuan Orang Di India Disuntik Dengan Vaksin COVID-19 Palsu Berisi Air Garam