Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Selepas kejayaan drama Projek: Anchor SPM pada tahun 2020, pengarah, Anwari Ashraf kini  kembali dengan sebuah lagi naskhah dinanti ramai, Projek: High Council.

Artikel Berkaitan:

Kali ini, Anwari bergandingan dengan pengarah, Zulaikha Zakaria mengetengahkan naskhah fiksyen yang diinspirasikan daripada kisah benar melibatkan isu gengsterisme di sekolah asrama.

Baru bersiaran pada Sabtu lalu, drama Projek: High Council ini telah mendapat perhatian orang ramai dan watak Azam Ayam yang dilakonkan oleh Naim Daniel telah menjadi buah mulut netizen.

HYPE
Ini Rupanya ‘Rahsia’ Pemain Bola Miliki Keyakinan Senyum Lebar Di Khalayak Ramai
Baca lagi →
@editzzz._____10

AZAM AYAM BIN ANYAU #fyp #fypシ #editzzz #projekhighcouncil #naimdaniel #ayam

♬ See Tinh Hoang thuy linh – Jinaxxx

Rata-rata netizen yang telah menonton episod pertama drama tersebut memuji lakonan Naim Daniel dan mengatakan apa-apa watak yang diberikan pasti dapat dijayakan dengan baik oleh Naim.

Bukan itu sahaja, para netizen turut terhibur dengan watak dibawa oleh Naim yang seperti ‘diva’ dan kelakar. Untuk pengetahuan anda, drama Projek High Council ini hadir dengan 10 episod dan ia merupakan sebuah kisah fiksyen yang dinspirasikan daripada kisah benar yang pernah terjadi di sekolah Malaysia.