Bagaimana perasaan anda bila tiba-tiba beg galas yang berisi barang peribadi tiba-tiba hilang semasa travel? Apatah lagi bila travel solo di negara asing, ditambah dengan masalah komunikasi kerana masalah bahasa.

Inilah yang telah dilalui oleh seorang pemuda yang mahu dikenali dengan nama Iggy Malique. Iggy telah keluar mengembara sejak sebulan  yang lepas dan kini sedang berada di Prague, Czech Republic.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menjadikan Rusia sebagai destinasi pertama untuk kembara kali ini, route Iggy telah meliputi Kazan, Chechnya, Helsinki – Finland, Talin – Estonia, Latvia, Lithuania, Poland, dan terkini di Czech.

Untuk pengetahuan Iggy pernah berkongsi di Vocket pengalaman kembara beliau sewaktu menaiki keretapi Trans-Siberia. Anda boleh baca kisah pengembaraan Iggy yang lepas di sini.

Menurut Iggy kejadian beg berlaku sewaktu beliau tidur di sebuah taman di Prague. Sepanjang kembara ini, Iggy telah menjadikan platform Couchsurfing sebagai cara untuk mencari penginapan. Selain itu ada masa beliau pacak khemah untuk tidur dan merehatkan badan di beberapa tempat yang dikira sesuai dan selamat.

Ikuti perkongsian Iggy tentang pengalaman beliau ini di bawah.

bagpack-dicuri-orang-4
Sewaktu di Kazan, Tatarstan.

bagpack-dicuri-orang-5

Tersedar beg hilang di awal pagi

Semalam aku sampai di Prague, Czech Republic (kini dinamakan sebagai Czechia) dengan menaiki bas dari Krakow, Poland. Jarak perjalanan lebih 500 km. Waktu malam aku ingat nak bermalam sahaja di mana-mana sebab kebiasaannya stesen bas dan kereta api akan tutup pada jam 12.

Jadi seperti biasa, aku mencari taman untuk tidur. Lebih kurang jam 3.40 pagi aku bangun dan sedar-sedar backpack aku yang besar dah tak ada di tepi aku. Terus aku bangun, gulung tikar dan sleeping bag.

Berkata pada diri sendiri “Tolong jangan panik Faizul”. Mencari dan menyuluh kawasan sekitar mana tahu bag aku dialih dan disorok budak-budak nakal pada waktu malam.

Aku terus pergi ke tong-tong sampah berhampiran, dengan harapan dapat jumpa backpack aku sebab tiada barangan penting di dalam backpack aku tu. Aku bawa dua bagpack, satu untuk pakaian, satu lagi untuk barang-barang penting macam kamera, passport, alatan kecil dan sebagai tempat untuk simpan botol air dan makanan.

backpack kecil atau daypack tu aku buat bantal untuk alas kepala aku sejak beberapa hari lepas.

Nampak homeless selongkar beg

Lalu aku pergi ke balai polis berdekatan, hanya lebih kurang 200 meter dari taman. Aku tekan loceng balai 2 kali, tiada jawapan. Aku kembali ke taman dengan harapan berjumpa balik orang-orang yang barangkali sedang menyelongkar backpack aku.

Dari jauh kelihatan 3 orang, kelihatannya  seperti “homeless” sedang khusyuk menyelongkar sebuah bag. Aku pergi menghampiri mereka dan ternyata betul itu backpack aku.

Aku meminta backpack aku. Diorang cakap beg tu telah dibeli dengan harga 300 Czech Khrone (entah boleh percaya ke tak) bagpack aku ni dari seorang homeless yang dorang jumpa. Aku gertak dorang untuk panggil polis. Dalam hati aku berbisik, “kenapa la polis tak menyahut panggilan aku menerusi loceng pintu yang aku tekan tadi”.

Mereka kata, panggillah polis. Kalau nak backpack ni balik, bayar 300 Czech Khrone. Aku dah malas nak berfikir panjang aku cakap kepada mereka, aku bagi 10 Euro dan korang bagi backpack aku balik. DEAL! 300 Czech Khrone bersamaan kurang sikit dari 10 Euro.

Aku check balik barang-barang yang dorang ambil, tak banyak. Cuma barangan seperti ubat gigi, berus gigi, sabun, syampu mandi, buah kurma, lampu lantern untuk camping hilang. Aku pun pasrah jelah, janji aku dapat balik barang-barang aku.

bagpack-dicuri-orang-3

bagpack-dicuri-orang-1

bagpack-dicuri-orang-2

Cuba cari host di Couchsurfing

Lepas tu, aku kembali ke balai polis untuk maklumkan benda ni. Macam biasa lah, polis tanya soal jawab sikit. Tanya ada barang hilang tak, dan warning bagai jangan tidur di taman. Ya, aku tahu! Tapi aku nak save budget, travel untuk tempoh yang agak lama.

Aku fikir besok pagi je baru aku nak cari hostel selepas fed up belasan mesej yang dihantar kepada host-host di Couchsurfing untuk cuba bermalam semalam 2 kat rumah dorang.

Tapi kebanyakan tiada di rumah kerana melancong (musim panas la katakan) dan juga sebahagian besar daripada dorang sibuk dengan hal masing-masing. Lain kali jangan lah letak status “Accepting Guest” di Couchsurfing jika tak bersedia.

Namun, aku tetap syukur dapat balik backpack aku. Kalau tidak memang aku fikir nak beli tiket balik rumah je lah. Sekian.

Pengajaran

Pengajaran, sentiasa hati-hati dan waspada dengan kawasan sekitar. backpack kalau boleh jangan berjauhan dengan kita, kalau boleh peluk, walaupun tidur tak selesa janji barang kau tak hilang.

Menurut Iggy tujuan beliau berkongsi kisah ini agar ianya boleh dijadikan pengajaran kepada pembaca agar sentiasa berhati-hati sewaktu travel, terutama apabila travel solo dan perlu bermalam di tempat awam dan terbuka.

bagpack-dicuri-orang-6

bagpack-dicuri-orang-7

Buat anda di luar sana yang bakal travel tidak lama lagi, boleh baca 19 Tips Elak Kecurian Dan Kehilangan Duit Serta Barang Penting Semasa Travel.

Bagaimana pula jika passport anda hilang semasa travel? Jangan panik. Anda Boleh Ikut 4 Langkah Ini.

Kepada Iggy, selamat mengembara. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Last but not least, stay safe.