Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ibu bapa yang baik adalah mereka yang tidak membeza-bezakan hidup orang lain hanya semata-mata untuk mengajar anak mereka apa itu erti sebuah kejayaan. Ibu bapa yang baik adalah mereka yang menghormati orang lain dan faham bahawa dunia ini penuh dengan cerita.

Seperti pasangan suami isteri ini yang mengajar anak mereka bahawa hormat dan bersikap baik pada semua orang adalah perkara asas sebagai seorang manusia, walaupun dia bekerja sebagai pemungut sampah.

Pengguna TikTok @denik923 baru-baru ini berkongsi video dia dan isterinya mendidik anak mereka untuk menghargai pekerja kebersihan ketika sebuah lori sampah Alam Flora sedang melaksanakan tugas mereka.

@denik923

#kamihargai #alamflora

♬ original sound – Denik – Denik

Diiringi oleh ibu bapanya, kanak-kanak itu kelihatan berjalan ke arah pekerja Alam Flora untuk menyerahkan beberapa minuman kepada pekerja Alam Flora. Pekerja itu membongkok duduk dan tersenyum melihat telatah anak kecil terbabit yang ditemani oleh ibunya sambil ayahnya merakam detik manis tersebut.

Selepas menyerahkan minuman kepada pekerja terbabit, bapa kanak-kanak itu memberitahu budak lelaki itu untuk mengucapkan terima kasih dan melambai selamat tinggal kepada mereka

Video pendek itu berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia. Kebanyakan mereka memuji ibu bapa tersebut kerana mendidik anak untuk menghormati orang lain tidak kira pangkat mahupun darjat. Sebahagian pula berharap agar ibu bapa lain akan mengikut contoh pasangan suami isteri tersebut.

Sejak dimuat naik, video tersebut telah memperoleh lebih 148,000 tontonan, 11,900 tanda suka dan 300 komen di TikTok.

CEO TikTok letak jawatan, mahu habiskan kekayaan RM182 bilion dengan membaca dan termenung. Klik pautan di bawah untuk membaca.

CEO TikTok Letak Jawatan, Mahu Habiskan Kekayaan RM182 Bilion Dengan Membaca Dan Termenung

Donald Trump Beri Masa 45 Hari Kepada Pemilik China Untuk Jual Aplikasi TikTok

Kenali Bella Poarch, Wanita Paling Terkenal Di TikTok Yang Dituduh Pengikut Illuminati

Anda Mungkin Suka