Nasha Aziz, seorang pelakon cantik dan cukup dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia dikhabarkan sedang dilamun cinta dengan seorang jejaka yang identitinya dirahsiakan.

Hal ini diketahui apabila penerbit terkenal, Fadzil Teh mendedahkan dalam sebuah video di TikTok bahawa Nasha menerima jambangan bunga setiap hari ketika berada di set penggambaran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@fadziltehhjzil42

#nashaaziz #peminatrahsia #hariharihantarmakandanbunga #trending #tiktokmalaysia🇲🇾

♬ bunyi asal – Hjzeelproduction – Hj ZiL ( Zeel Production )

Menurut Nasha, dia mengakui dilamun cinta setiap hari dan mula mengenali lelaki tersebut sejak 9 bulan lalu. Menjawab status terkini bersama lelaki terbabit, dia mengatakan belum merancang untuk ke fasa seterusnya.

Sementara itu, Nasha akan membawakan watak sebagai mak bidan bernama Junaidah dalam filem seram Tablis Iblis. Selain Nasha, Tablis Iblis juga dibintangi oleh Zul Ariffin, Azira Syafinaz, Jay Iswazir, Amir Nafis, Sherie Merlis dan ramai lagi.

Sumber