Ada dikalangan kita menjaga pemakanan dengan sebaiknya kerana mempercayai apa yang dimakan itu akan memberi kesan ke atas tubuh badan. Biasanya kesan-kesan ini dinyatakan dalam bentuk kajian, petua orang lama dan kepercayaan budaya dan agama.

Maka, wujud istilah pantang makan – seseorang yang mengelakkan diri daripada memakan makanan yang dipercayai beri kesan buruk. Tapi ada juga orang yang perlu elak itu semua tak dapat menahan diri, lalu jadi pantang tengok. Haa…

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara pantang makan yang selalu disebut ialah menggelakkan bahan makanan yang berangin seperti pulut. Namun, jika sudah termakan dan berlakunya kembung perut, anda boleh cuba bahan makanan melegakan kembung perut anda jika tidak mahu makan ubat.

Oh ya! Tak semestinya kembung perut disebabkan makan makanan tertentu sampai anda rasa nak muntah atau sakit kepala. Ia juga boleh jadi kerana anda tidak makan atau terlewat makan. Bak kata orang tua-tua, angin dah masuk.

Bahan Makanan Melegakan Kembung Perut Anda

1. Air Lemon

bahan makanan melegakan kembung perut

Lemon adalah diuretik semula jadi dan laksatif (julap) yang lembut bila ditambah ke dalam air suam. Minum air lemon suam boleh bantu kurangkan jumlah garam yang terkumpul dalam badan. Tapi semasa perut kembung, pastikan minum air lemon dari cawan dan bukan straw untuk elak menyedut udara berlebihan.

2. Batang Saderi

celery1

Keratan hijau rangup ini boleh bantu penghadaman dengan mengawal pergerakan usus dan gas dalam usus. Rupanya terdapat bahan kimia dalam batang saderi yang dipercayai dapat kurangkan takungan cecair dalam badan. Kebaikan lain, bantu proses detoks. Kandungan air yang tinggi dalam batang saderi mampu buang toksin badan, makan saderi segar untuk efek lebih baik.

3. Tembikai

watermelons-twitter-background

Buah tembikai mempunyai ciri diuretik semula jadi juga, selain sebagai sumber kalium yang bagus. Keseimbangan antara kandungan natrium dan kalium penting untuk kawal kembung perut.

4. Yogurt

Kultur aktif hidup dalam yogurt seperti lactobacillus dan acidophilus boleh bantu legakan simptom perut kembung. Tambahkan buah-buahan terutamanya tembikai ke dalam yogurt untuk hasilkan snek lazat kaya khasiat.

5. Halia

bahan makanan melegakan kembung perut

Halia mempunyai bahan anti-radang dan anti bakteria yang berfungsi baik untuk masalah perut kembung. Sediakan secawan teh halia suam. Minum sebelum, semasa atau selepas makan utama akan bantu tubuh merangsang air liur, hempedu dan jus perut yang membantu penghadaman.

Selain tu, halia juga beri kesan relaks yang menyenangkan kepada usus kecil, mengurangkan radang dalam usus besar sekaligus bantu kelancaran pergerakan makanan dalam sistem tubuh lalu mengurangkan masalah kembung yang dihadapi.

6. Pisang

Mudah didapati dan sedap! Kandungan zat kalium yang agak tinggi pada pisang dikatakan mampu bantu kurangkan kembung. Jadi cuba makan pisang untuk melegakan perut.

7. Bawang Putih

Bawang putih

Bawang putih memang banyak khasiat, cuma mungkin sebilangan orang kurang gemar pada bau atau rasanya yang kuat. Tapi bawang putih dipercayai dapat atasi masalah kembung. Jika memakan bawang putih dengan makanan yang tinggi kandungan sodium, mungkin akan sebabkan masalah kembung tetapi kalau dimakan berasingan, mampu keluarkan angin dalam perut.

Cuba sup bawang putih untuk legakan kembung. Cincang dua ke tiga ulas bawang putih, goreng sebentar dengan sedikit minyak zaitun dengan api kecil. Kemudian masukkan stok sayuran, didihkan selama 10 minit.

Bahan makanan melegakan kembung perut yang dicadangkan di atas ini hanyalah berdasarkan petua, kepercayaan dan kajian. Ia mungkin sesuai dan mungkin juga tidak sesuai untuk anda. Ini hanyalah sebagai panduan semata-mata. Jika dikhuatiri tak baik untuk diri, elakkan. Selamat mencuba!