Boleh dikatakan industri kripto berjaya diperkenalkan secara meluas dengan adanya penyertaan artis-artis terkemuka seperti Snoop Dog, Steve Aoki dan banyak lagi.
Terbaharu, Kim Kardashian dilaporkan telah bersetuju menyelesaikan kes beliau dengan U.S Securities and Exchange Commission (SEC) kerana kesalahan mempromosikan kriptowang EthereumMax tanpa mendedahkan telah dibayar untuk melakukannya. Kardashian akan membayar penalti sebanyak $1.26 juta (~RM5.86 juta) atas kesalahan tersebut.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Berani ‘Pecah Tembok’ Industri Boba Di Malaysia, Ini Nasihat Pengasas Tealive Buat Anak Muda
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
Difahamkan bahawa beliau telah menerima bayaran $250,000 (~RM1.1 juta) untuk mempromosikan EthereumMax. Tindakan mula diambil ke atas influencer media sosial oleh SEC kerana mereka tidak mendedahkan mereka dibayar untuk mempromosikan kripowang yang merupakan pelaburan yang berisiko.
Sehingga ke hari ini, pengaruh seseorang ikon popular boleh memberi kesan kepada peningkatan nilai sesuatu kriptowang mahu pun NFT. Jadi, pihak berkuasa melihat ia sebagai satu medium yang boleh dimanipulasi sekaligus sangat berisiko untuk dijadikan pelaburan untuk jangka masa panjang.