Sebut mengenai snek makanan Super Ring keluaran syarikat Oriental Food Industries pasti ramai yang cukup tahu. Berjaya ditawarkan hampir di semua kedai serta pasaraya sejak berpuluh tahun membuatkan snek ini dikenali ramai.

Di sebalik penawaran snek dengan perisa keju, nama snek ini semakin popular di Malaysia sejak mulai tular sebuah video wanita yang kurang senang dengan perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia serta mengaitkannya dengan Super Ring.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

9jsqqhcSVDbbEKTo (1)

‘Keluhan’ wanita tersebut telah menjadi bahan tawa di media sosial sekaligus mendapat perhatian beberapa ahli politik terkemuka termasuk mantan Perdana Menteri yang turut serta troll wanita tersebut dengan memegang snek Super Ring.

Bukan itu sahaja, populariti snek ini semakin meningkat selepas dilihat pihak pembangkang turut menggunakan snek ini untuk menyindir ahli politik di pihak kerajaan.

Siapa sangka, bermula dengan sekadar troll dan jenaka di media sosial, saham syarikat ini antara yang menunjukkan peningkatan yang mendadak sejak mulai PKP dengan peningkatan sebanyak hampir 100%.

Difahamkan Super Ring merupakan makanan snek serta merupakan produk yang evergreen. Bahana politik serta menjadi bahan sindiran ahli politik mungkin antara yang menjadi faktor snek ini menjadi ‘iklan’ kepada orang ramai untuk mendapatkannya.

Selain faktor populariti daripada ahli politik, snek ini turut menjadi kegilaan pada akhir tahun lalu di Korea selepas Super Ring dikatakan menjadi snek kegemaran Jennie dan Jisoo Blackpink.

Permintaan yang tinggi sesebuah produk dalam syarikat antara yang menjadi faktor sesebuah syarikat mengalami peningkatan harga saham. Malah pada 10 Jun lalu OFI berjaya mencatat sejarah apabila mencatatkan harga saham tertinggi sepanjang 12 bulan terakhir.

Selain OFI, saham lain khususnya syarikat yang menerima permintaaan yang tinggi sewaktu wabak COVID-19 melanda seperti Top Glove dilihat turut mencatatkan harga saham yang mendadak sepanjang enam bulan terakhir ini.

Ketahui lebih lanjut mengenai fenomena Super Ring di Korea impak daripada Jennie dan Jisoo Blackpink. Turut dikongsikan, bagaimana wanita ini berjaya menjana empat angka sebulan dengan hanya menjual Super Ring di eBay.

Penangan Jennie Dan Jisoo Blackpink, Super Ring Kini Laris Di Korea

Suri Rumah Ini Jana Pendapatan 4 Angka Sebulan Hanya Jual Super Ring Di eBay