Nampaknya kini muncul satu lagi trend baharu yang diikuti netizen iaitu memaparkan wajah tua mereka menggunakan aplikasi FaceApp. Trend ini bukan sahaja mula menjadi ikut-ikutan netizen di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.

FaceApp merupakan satu aplikasi yang dapat mengubah gambar wajah menggunakan beberapa efek dan antara efek yang menjadi pilihan adalah mengubah wajah kelihatan tua, muda, rambut panjang, dan tambah janggut.

Malah, terdapat ramai selebriti dan orang ternama yang mengikuti trend ini dan memuat naik gambar efek mereka di laman sosial. Antaranya adalah Joe Jonas, Jared Leto dan banyak lagi.

https://www.instagram.com/p/B0BXdbigXFb/

Jika sebelum ini trend #10YearsChallenge menjadi ikut-ikutan, kini trend ini pula sedang melanda. Mungkin bagi anda, ia hanya sekadar suka-suka tetapi apa implikasinya kepada diri anda pada masa depan? Adakah anda ketahui bahaya aplikasi FaceApp ini?

Kemungkinan besar trend ini akan membahayakan hidup anda pada masa depan. Kenapa kami katakan begitu? Ini kerana FaceApp mempunyai kebenaran untuk akses galeri anda, malah gambar anda akan dimuat naik ke cloud.

Jika dimuat naik ke cloud, ramai penggodam akan dapat akses cloud itu dengan mudah, lalu boleh menggunakan maklumat itu untuk kepentingan diri mereka. Malah, maklumat peribadi anda juga mungkin boleh dijual kepada pihak ketiga dan jika perkara tersebut berlaku, jangan terkejut jika wajah anda digunakan untuk promosikan produk-produk di pasaran dan sebagainya.

Menurut laporan Standard, aplikasi ini telah membuang feature yang membolehkan pengguna menukar warna kulit dan etnik kerana dianggap kontroversi dan tidak sensitif. Bagaimanapun, ramai pengguna tidak sempat menggunakan feature ini kerana dibuang pada tahun 2017 sebelum ia tular pada tahun lalu.

Tindakan anda sebenarnya memberi maklumat peribadi secara percuma kepada sesiapa yang mahukannya walaupun developer aplikasi ini menafikan menjual data penggunanya kepada pihak ketiga, tetapi tidak salah jika kita berhati-hati. Mungkin selepas ini, anda boleh lebih berwaspada dalam mengikuti apa-apa trend yang hits agar tidak menjadi mangsa penggodam ataupun pihak tidak bertanggungjawab.

Ini pula artikel berkaitan 10 Years Challenge yang juga tular pernah tular sebelum ini. Baca pada pautan di bawah.

‘Bahaya’ Cabaran #10YearsChallenge Yang Mungkin Ramai Tidak Sedar

Mufti Wilayah Persekutuan Fatwakan ‘Lathi Challenge’ Adalah Haram Dan Berdosa

Lihat Senarai Artis Malaysia Yang Sahut Cabaran #AgeChallenge