Semalam tular rakaman video kemalangan sebuah motosikal yang merempuh kereta BMW di Lebuhraya Persekutuan selepas kereta tersebut secara tiba-tiba mengambil susur keluar ke kiri.

Rempuhan itu kemudiannya mengakibatkan mangsa terpelanting ke tengah jalan sebelum pemandu kereta tersebut meninggalkan tempat kejadian.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Posted by Amerul Izuwan on Sunday, 8 March 2020

Walaupun rakan mangsa dalam satu kiriman di Facebook mengakui penunggang itu juga bersalah kerana tidak menggunakan laluan motosikal yang dikhaskan, namun ada juga netizen yang mempunyai pendapat berbeza.

Menurut mereka, laluan motosikal yang disediakan adalah tidak selamat untuk dilalui oleh para penunggang motosikal yang menggunakan lebuh raya itu.

Rata-rata mereka berpendapat bahawa laluan yang disediakan untuk penunggang motosikal itu sebenarnya lebih berbahaya daripada jalan utama dengan masalah seperti lorong yang sempit dan permukaan jalan yang dikatakan berada dalam keadaan teruk.

photo_2020-03-10_10-17-23 photo_2020-03-10_10-17-17 photo_2020-03-10_10-18-06

Malah ada juga yang berpendapat hanya mereka yang pernah menggunakan laluan itu sahaja mengetahui apa yang dihadapi oleh penunggang-penunggang motosikal ini.

Disebabkan masalah-masalah seperti keselamatan diri dan keadaan jalan yang tidak berapa baik ini jugalah yang membuatkan ada dalam kalangan penunggang motosikal yang membuat keputusan untuk menggunakan laluan utama seperti yang berlaku pada semalam.

photo_2020-03-10_10-32-30

photo_2020-03-10_10-32-32

photo_2020-03-10_10-38-45

Malah, ada juga dalam kalangan netizen yang berpendapat masalah ini bukanlah sesuatu yang baru sahaja berlaku tetapi telah berlarutan sejak sekian lama.

Menurut seorang netizen, sukarelawan seperti Lando Zawawi pernah beberapa kali mengutarakan masalah ini kepada pihak berwajib namun keadaan di laluan motosikal ini masih berada pada tahap yang lama.

photo_2020-03-10_10-45-02

Tidak dapat dinafikan, ianya adalah salah daripada sudut undang-undang sekiranya penunggang motosikal tidak menggunakan laluan khas yang telah disediakan untuk mereka.

Tetapi bagaimana pula jika menggunakan laluan tersebut hanya akan mendatangkan bahaya kepada mereka terutamanya mereka yang menggunakan laluan ini setiap hari. Sudah pasti risiko untuk mereka mengalami kemalangan akan lebih tinggi walaupun telah menggunakan lorong motosikal ini.

Harapnya, pihak berwajib dapat melihat kembali isu laluan motosikal di lebuh raya ini agar semua pihak terutamanya pengguna motosikal tidak lagi berasa risau dan dan khuatir untuk menggunakannya.

Baca perkongsian kami sebelum ini yang menceritakan bagaiamana penunggang motosikal ini terpelanting selepas beliau merempuh kereta BMW yang tiba-tiba ‘memancung’ laluannya. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Penghantar Makanan Terpelanting Tinggi Selepas Kereta BMW Dihadapannya ‘Pancung’ Mengejut

Penunggang Motosikal Ini Hampir Maut Dilanggar Ford Ranger Dari Belakang Yang Dipandu Secara Berbahaya

Kemalangan Misteri Membabitkan Penunggang Motosikal Dan ‘Hantu’ Cetus Tanda Tanya Netizen

Anda Mungkin Suka