Pernah tak anda jumpa orang yang suka syok sendiri, atau bahasa pasarnya ‘suka perasan lebih’ yang melampau-lampau. Kalau pernah, give me five! Hahaha. Ok, perkara ini dulu saya pernah bincang bersama kawan-kawan, oleh kerana mahukan kupasan yang lebih detail, jadi saya nekad untuk terbitkan artikel ini.

Baik, lumrah jadi manusia kita disukai atau diminati seseorang. Itu satu kelebihan, kalau anda rasa tak ada orang suka atau semua orang macam tak suka dengan anda, sila ubah perangai. Hiks. Namun begitu, sekiranya anda diminati secara berlebihan, ini mungkin satu petanda buruk.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika setiap pergerakan diperhatikan dan gerak-geri anda diekori atau hal seumpamanya berlaku, anda mungkin sedang menjadi mangsa hendap (stalking) oleh mereka yang menghidap simptom Erotomania. Boleh jadi ianya berlaku di dunia realiti atau maya.

Erotomania ialah satu simptom kecelaruan mental yang menjadikan seseorang itu percaya bahawa terdapat individu yang telah jatuh hati atau terpikat dengan mereka. Mereka percaya bahawa reaksi bahasa tubuh atau perlakuan individu tertentu itu (kebiasaannya berlainan jantina) adalah isyarat bahawa mereka sedang disayangi sedangkan hakikatnya, ia hanya ilusi.

Dalam kebanyakan kes, mangsa ialah orang asing yang mungkin tiada kaitan sedikit pun dengan pesakit. Mereka hanya sekadar terserempak atau berbual seketika sahaja. Tetapi, pertemuan singkat itu sudah cukup untuk menjadikan pesakit memendam perasaan yang mendalam.

Sebab itu dikebanyakan negara barat, intaian yang keterlaluan seperti ini dianggap sebagai satu jenayah dan menyalahi undang-undang. Maksudnya, aktiviti stalker berlebihan boleh jadi jenyah kalau di negara barat.

Apa yang lebih membimbangkan, penghidap simptom ini cenderung untuk menunjukkan sifat kasih sayang yang melampau kepada mangsanya. Boleh jadi dalam bentuk memberi hadiah, buat panggilan telefon atau menghantar mesej. Semuanya kerana sifat mereka yang syok sendiri itu.

Lebih parah, mereka juga sanggup menerobos privasi mangsa kerana baginya individu tadi adalah kekasih sejati mereka. Mereka tidak menghiraukan sama ada mangsa sudah mempunyai pasangan atau tidak. Selain itu, mereka turut mencuba untuk menjalinkan hubungan mesra dengan mangsa tanpa mempedulikan mangsa menyukainya atau tidak.

Dalam kes yang ekstrem, pesakit erotomania juga sanggup untuk mengupah orang ketiga bagi memerhatikan pergerakan mangsa. Mereka akan mengekori mangsa di tempat kerja atau apabila pulang ke rumah. Mereka tahu apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan ‘kekasih’ mereka ini.

Pesakit juga berkemungkinan sanggup melakukan tindakan yang lebih agresif terhadap mangsa atau pihak ketiga sekiranya hajat mereka dihalang. Contohnya seperti santau menyatau. Itu kalau anda percaya, tapi tak mustahil pun perkara sebegini boleh berlaku.

Kebanyakannya wanita merupakan mangsa kepada penghidap simptom erotomania meskipun ada laporan menyatakan bahawa wanita juga mengalami masalah kecelaruan ini

Bagaimana menurut pendapat anda?

Sumber