Apabila kita sebut Syabu, mungkin nama dadah ini kurang dikenali. Tetapi kalau sebut ice, ramai yang lebih tahu nama street untuk dadah ini. Pengambilan dadah jenis syabu/ice sangat popular dikalangan generasi muda yang urban.

Mungkin ramai yang masih tidak tahu implikasi besar selepas pengambilan syabu ini. Ianya mungkin nampak jernih dan cantik tetapi impak paling besar mengambil dadah jenis ini adalah ketagihan melampau serta halusinasi. Video oleh Agensi Anti-Dadah Kebangsaan(AADK) ini diharap dapat memeberikan kesedaran kepada semua tentang keburukan dadah kepada kita,masyarakat dan negara. Berhentilah mengambil dadah. Keseronokkannya hanya sementara. Kesannya sampai ke akhir usia.