Sering kali tular video mengenai salah laku trafik atau bagaimana sesebuah kemalangan berlaku, namun lain ceritanya pada kali ini apabila terdapat seorang pemandu yang memandu sambil membawa pokok pisang secara melintang bersama ke jalan raya.

Berdasarkan laporan, insiden berkenaan berlaku di Taman Mutiara Rini, Skudai di mana individu berkenaan telah berjaya dirakam dan ditularkan di media sosial sebelum ditahan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lebih mengejutkan ramai, pemandu tersebut disahkan tidak mempunyai lesen memandu serta mengumpul 18 saman trafik, 4 waran tangkap dan 10 saman tidak boleh dikompaun.

Mengulas kes itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata selepas rakaman video itu tular menerusi media sosial, polis telah menghubungi pemilik kenderaan Toyota Vios tersebut yang berada di Singapura.

“Anak pemilik kenderaan itu hadir di balai memberi keterangan semalam dengan menyatakan kereta tersebut dipandu oleh sepupunya yang membawa pokok pisang untuk tujuan upacara sembahyang di kawasan Mutiara Rini,” katanya.

Beliau berkata susulan itu, suspek hadir di balai polis untuk membantu siasatan pada 9.30 pagi semalam yang membawa kepada pembongkaran pelbagai saman lampau tertunggaknya.

Menurutnya, kenderaan itu turut disita di bawah Sekyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh serta kenderaan dipandu tanpa lesen.

Tular pada minggu ini apabila polis Kuala Pilah menjadi hero setelah berajya membantu seorang bapa ini mendapatkan susu bayi di awal pagi.

Polis Kuala Pilah Jadi Hero, Bantu Bapa Dapatkan Susu Buat Bayi Di Awal Pagi

‘Order Saja Walaupun Hujan’- Rider Nasihatkan Orang Ramai Tidak Perlu Risau

Sumber