Sesak nafas merupakan antara simptom dialami oleh mereka yang dijangkiti COVID-19. Seperti tidak sedar, masih ada pesakit COVID-19 yang mahu merokok walaupun sudah menghadapi kesukaran untuk bernafas.

Menerusi perkongsian Facebook Selangor Bebas Asap Rokok- Selbar, usaha pesakit COVID-19 untuk menyeludup rokok ke Pusat Kuarantin & Rawatan COVID-19 berjaya dipatahkan semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dapat dilihat, para pesakit yang ‘kantoi’ menyeludup rokok menggunakan pelbagai cara yang kreatif seperti memasukkan dalam tin biskut, roti dan juga cawan mi segera.

Hal ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga orang sekeliling. Apabila seseorang itu merokok atau menghisap vape, mereka amat mudah dijangkiti COVID-19 dan berisiko teruk disebabkan kesan merokok atau menghisap vape yang mengganggu bahagian organ dalaman iaitu paru-paru.

Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan bekas pesakit COVID-19 pada pautan di bawah ini.

Lelaki Ini Kongsikan Pengalaman Dijangkiti COVID-19 Buatkan Dirinya Kenal Erti Syukur

Berbekalkan Semangat Yang Tinggi, Wanita Hamil 3 Bulan Ini Kongsi Pengalaman Bebas COVID-19