Lebuh Raya Bukit Kukus di Pulau Pinang telah dibuka kepada orang ramai pada 13 Januari lalu. Ia merupakan lebuh raya tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 60 meter, lebih tinggi daripada Rawang Bypass yang berketinggian 58.2 meter.

Oleh kerana kawasan lebuh raya tersebut mempunyai pemandangan yang unik serta menarik, orang ramai mengambil peluang untuk memberhentikan kenderaan mereka di lorong kecemasan dan turun daripada kenderaan masing-masing untuk mengambil gambar persekitaran dari lebuh raya tersebut.

@wanasraf13

hyway bukit kukus 60meter😱#peneng#fyp#malaysia

♬ Gadis Dan Bunga – Rahimah Rahim

@nabilla_idzhar

Reply to @wanasraf13 tak boleh berhenti bro 😅

♬ original sound – Nor Nabilla Idzhar – Nor Nabilla Idzhar

Tindakkan orang ramai itu dirakam oleh salah seorang pengguna TikTok @wanasraf13 yang kebetulan menggunakan lebuh raya tersebut ketika waktu itu. Kelihatan satu barisan panjang kenderaan diletakkan di tepi jalan dan orang ramai membarisi sepanjang lebuh raya itu untuk bergambar.

Dalam satu video TikTok lain pula yang dikongsikan oleh @nornabillaidzhar_, sebuah kereta peronda Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membunyikan siren untuk menghalau orang ramai yang sengaja memberhentikan kenderaan di tepi jalan.

Kedua-dua video itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang memberikan pandangan bahawa tindakan segelintir orang ramai yang memberhentikan kenderaan di lebuh raya itu boleh menyusahkan pengguna-pengguna lain.

Sumber Gambar: TikTok @nornabillaidzhar_
Sumber Gambar: TikTok @nornabillaidzhar_
Sumber Gambar: TikTok @nornabillaidzhar_
Sumber Gambar: TikTok @nornabillaidzhar_
Sumber Gambar: TikTok @wanasraf13

Tambah orang ramai lagi, tindakan tersebut juga boleh membuatkan kesesakan lalu-lintas dan juga boleh menjadi faktor punca kemalangan di atas lebuh raya tertinggi Malaysia itu.

Diharapkan agar orang ramai dapat memberikan kerjasama dengan baik kerana  lebuh raya sepanjang 5.5 km itu yang menelan belanja sebanyak RM545.6 juta itu dibina untuk memudahkan dan melancarkan lalu-lintas tiga laluan utama dari Paya Terubong-Bukit Jambul dan Balik Pulau-Jalan Tun Sardon, bukan untuk menambahkan lagi kesesakan trafik.

Sebelum ini ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab sanggup ceroboh landasan kereta api di Kelantan hanya mahu bergambar OOTD.

Pemandu Kereta Api Tegur Penduduk Tempatan ‘Ceroboh’ Landasan Demi Gambar OOTD

Pentingkan Diri Sendiri, Tindakan Wanita Ini Cop Parkir Undang Kecaman Ramai