Pagar dibuka dan kemudiannya diceroboh dengan kenderaan bermotor sama ada motosikal dan juga kereta.

Itulah antara rungutan pengunjung kawasan riadah di sekitar Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang tidak berpuas hati dengan tindakan segelintir pengunjung kawasan tersebut.

our_business_resize
HYPE
TNB Fokus Bantu 7.6 Juta Pelanggan Dengan Bantuan Prihatin Elektrik
Baca lagi →

Menurut beberapa siri ciapan yang dimuat naik pengguna Twiter @twinnourla, beliau menjelaskan bagaimana perbuatan menceroboh kawasan riadah tersebut menimbulkan kerisauan terutamanya berkaitan keselamatan kanak-kanak yang bermain-main di kawasan tersebut.

Malah jelasnya, individu atau kumpulan itu bukan sahaja menceroboh malah ada yang meletakkan kenderaan mereka dalam kawasan riadah dan tidak kurang juga yang memandu dengan laju sehingga membahayakan keselamatan pengunjung yang lain.

Tindakan segelintir pengunjung yang meletakkan kenderaan mereka dalam kawasan beriadah itu sekaligus memaksa mereka untuk bermain sehingga ke luar kawasan yang telah ditetapkan.

Perkara itu sekaligus menimbulkan bahaya dengan kanak-kanak dan pengunjung yang berbuat demikian berkemungkinan terdedah kepada kenderaan yang menggunakan jalan tersebut.

Raih perhatian

Rungutan dan ciapan yang dibuat beliau itu setakat ini sudah pun mencatatkan lebih 5,000 retweet dan likes sejak ia pertama kali dimuat naik pada semalam.

Bukan sahaja dikongsikan orang ramai, malah rata-rata netizen yang meninggalkan komen di hantaran tersebut juga dilihat turut bersetuju dengan masalah yang melanda kawasan riadah terbabit.

Selain itu, ciapan tersebut turut menerima perhatian daripada Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kota Anggerik yang membuat balasan mengenai perkara itu setelah dimaklumkan melalui Twitter.
Jelasnya, perkara tersebut telah diambil maklum dan akan dibawa ke perhatian Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk tindakan lanjut.

Shah Alam sememangnya terkenal sebagai tempat tumpuan dalam kalangan warga lembah Klang. Baca perkongsian kami mengenai tarikan yang ada di bandaraya ini di pautan di bawah.

Lambakan Barangan Vintage Dan Preloved Di ‘Pasar Lambak’ Stadium Shah Alam

7 Kafe Dan Restoran Sekitar Shah Alam Bakal Buat Anda Terus Lapar

G&G: Bella ‘Menyelam’ Di JBR Bundle Seksyen 13, Shah Alam

Anda Mungkin Suka