Kira-kira 270,000 penduduk sekitar Klang dan Shah Alam tidak lagi perlu membayar tol di Lebuhraya Persekutuan yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2018 yang lalu.

Selepas 24 tahun barulah penduduk di sekitar Shah Alam dan Klang dapat menyusuri Federal Highway tanpa dikenakan tol. ‘Pemansuhan’ dua tol di Selangor ini adalah sebahagian daripada Bajet 2018 yang diumumkan Dato’ Sri Najib Razak October tahun lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semalam saya sendiri sempat menyusuri tol Batu Tiga ini dari Shah Alam untuk ke Kajang. Masih ada pemandu yang teragak-agak untuk melalui Tol Batu 3 ini walaupun sudah tertulis pada papan elektronik yang tol sudah tidak beroperasi.

Jadi penutupan dua tol ini sedikit sebanyak akan membawa kebaikan dan keburukan kepada pengguna Federal Highway khususnya. Kebaikkannya semestilah penjimatan yang dapat dibuat oleh pengguna lebuh raya selepas ini. Jika seorang pengguna kereta membayar tol Batu Tiga pergi dan balik selama 5 hari seminggu, mereka dapat berjimat RM11 seminggu atau RM44 sebulan.

Jadi anda akan ada RM528 extra dalam simpanan dalam setahun selepas ini dengan pemansuhan tol Batu Tiga ini dan nilai penjimatan ini pastinya lebih banyak untuk penduduk Klang yang bekerja di Kuala Lumpur. Kita sudah lihat kebaikkan, dan apa pula keburukan pemansuhan tol ini?

Federal Highway pasti akan dibanjiri dengan lebih banyak kereta selepas ini terutamanya di waktu puncak. Jika dahulunya ada pengguna yang akan menggunakan jalan alternatif untuk elak tol, kini pasti pengguna akan terus menggunakan Federal Highway dan tidak menggunakan jalan alternatif lagi.

Pemansuhan dua tol ini semestinya akan membawa lebih banyak kebaikkan berbanding keburukan kepada penduduk di Selangor khususnya. Bagaimana perasaan anda yang memandu melepasi dua tol ini pada hari ini? Gembira atau berduka? Apa komen anda?