Tasik Baikal terletak di antara Russia dan Mongolia dan ianya sangat cantik! Disebabkan tiada faktor yang mencemarkan tasik ini ketika ini, tasik ini adalah tasik paling bersih dan terdalam di dunia. Keindahannya juga sesuatu yang lain dari yang lain terutamanya apabila musim sejuk. Tasik ini telah dikelaskan sebagai UNESCO World Heritage Site pada tahun 1996 menandakan ianya sebagai salah satu lokasi penting bagi penduduk dunia.

Tasik Baikal ini merentasi kawasan sepanjang 600KM dan ketika musim sejuk, lapisan ais setebal 1.5m-2m akan terbentuk. Hebat tentang ais yang melapisi tasik ini ianya dapat menampung berat kenderaan sehingga 15 tan! Tetapi tidak semua kawasan ais ini mempunyai kekuatan untuk menampung berat sebegitu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lapisan ais ini juga berbeza-beza kerana retakan yang berlaku memberikan setiap kawasan ais mempunyai corak yang berbeza-beza. Dan disebabkan air tasik ini yang jernih, ais di sini adalah yang paling transparent dan anda boleh nampak hidupan berenang-renang di bawah lapisan ais ini.

Corak-corak pada permukaan ais ini terbentuk kerana lapisan ini retak setiap masa. Kadangkala retakan ini sepanjang 10-30km dan retakan ini bagus untk hidupan di dalam tasik ini. Menerusi retakan ini, hidupan di dalam tasik tidak akan mati kerana kekurangan oksigen. Permukaan ais yang mempunyai bubbles pula adalah hasil gas metana yang dihasilkan oleh alga.

Tasik Baikal adalah tasik paling dalam di dunia dan diistiharkan sebagai kawasan simpanan air bersar terbesar di dunia. Tahukan anda, kedalaman tasik Baikal ini mencecah 1642 meter! Hanya dua tasik lain yang mempunyai kedalaman lebih 1000 meter iaitu tasik Tanganyika(1470m) dan Caspian Sea(1025m).

Pada yang berminat untuk merasai sendiri ice skating atau bergambar di permukaan ais in, ianya akan terbentuk ketika musim sejuk sehingga Mei. Bermakna dari bulan Disember sehingga Mei. Selepas bulan Mei tasik Baikal akan menjadi tasik yang cantik seperti biasa. Jadi bagi yang kaki travel, mungkin boleh masukkan Tasik Baikal dalam wishlist anda. Dapat lihat ikan di bawah permukaan kaki seperti melihat ikan di aquarium. Tetapi aquarium ini di bawah kaki anda.