Tambah satu lagi sebab kenapa anda patut travel ke China. Alasan untuk cuba naik Bailong Elevator di Zhangjiajie National Park boleh ini diguna pakai. Tapi bukan untuk anda yang gayat! Saya tengok pun kecut perut juga.

Bailong Elevator yang terletak di Zhangjiajie National Park, China ini diiktiraf sebagai lif outdoor tertinggi dan terberat di dunia oleh Guinness World Records. Dengan tinggi keseluruhan 362 meter, lif tepi tebing di kawasan Wilingyaun, China ini juga turut dipanggil ‘Hundred Dragons Elevator’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dibuka sejak tahun 2002, lif kaca ini mampu membawa seramai 50 orang sekaligus dengan kemampuan menampung berat sehingga 4,900 kg. Ini adalah satu-satunya di dunia lif yang akan membawa penumpuang hingga ke puncak bukit!

Walaupun dinobat sebagai lif outdoor terpanjang di dunia, namun ia hanya mengambil masa selama 1 minit atau kurang untuk sampai ke atas. Memang laju sungguh, kalau anda takut pun tahan lah sikit. 1 minit saja.

Untuk kelebihan ini, Bailong Elevator dianggarkan mampu membawa seramai 1,380 penumpang dalam masa satu jam! Bayangkan, dalam masa 1 jam sahaja seramai 1,380 orang mampu berkumpul bersama-sama di atas puncak bukit.

Walaubagaimanpun pembinaan ini pernah menerima kritikan kerana dibina di salah satu tempat warisan dunia UNESCO, namun begitu, pada masa yang sama destinasi ini pernah menerima sehingga 5 juta kunjungan pelancong.

Lif kaca laju yang tertinggi dan terpanjang di dunia ini menelan belanja sebanyak 120 juta Yuan untuk siap dibina. Adakah anda salah seorang yang teruja untuk mencubanya? Kita geng!