Peminat setia manga Initial D dan G-SHOCK pasti tidak senang duduk apabila melihat model kolaborasi terkini antara G-SHOCK, Initial D dan butik BAIT ini.

Bagi menutup tahun 2020, BAIT hadir dengan model kolaborasi ini untuk model G-SHOCK DW-5600 yang semestinya mengikut tema model kereta ikonik Toyota Sprinter Trueno APEX AE86 dalam manga Initial D.

Seperti dalam manga, model kolaborasi ini mengambil inspirasi warna serta rekaan yang dipandu Takumi Fujiwara. Tulisan Jepun yang tertulis pada kereta Takumi menghiasi bahagian strap di samping logo Initial D terpampang apabila lampu jam dinyalakan.

Model ini juga turut akan hadir dengan kotak jam edisi khas. Buat yang berminat, anda boleh membelinya pada harga USD200 (+-RM820). Namun, pembelian jam tangan ini agak sukar kerana raffle untuk jam tangan ini cuma akan dibuka kepada penduduk di Amerika Syarikat sahaja.

Tetapi jika anda rakan di Jepun, anda masih berpeluang untuk membeli jam tangan ini di butik BAIT Japan bermula hari ini.

Sebelum ini, sebuah kafe di Ipoh berkonsep manga Initial D mendapat perhatian apabila ramai. Baca lagi pada pautan di bawah.

Bawa Konsep Initial D, Kafe Fujiwara Tofa Di Ipoh Ini Diserbu Peminat

Bagaimana Seorang Budak Kecil Beri Idea Untuk Kikuo Ibe Hasilkan Model G-SHOCK

Jam G-SHOCK ‘Belanjawan 2021’ Tengku Zafrul Kini Jadi Buruan

Anda Mungkin Suka