Pastinya buat anda yang mengikuti filem Toy Story akan teruja dengan berita ini. Berikutan filem Toy Story 4 yang sedang berada di pawagam, Reebok telah berkolaborasi dengan Disney Pixar dan BAIT tampil dengan koleksi kasut edisi terhad.

Menariknya, koleksi kasut ini menggunakan model Instapump Fury dan rekaan serta warna kasut yang digunakan menonjolkan watak dalam Toy Story. Koleksi kasut tersebut tidak memiliki padanan yang sama dimana ia tampil unik dan berbeza.

IMG_0368
HYPE
Apa Yang Boleh Dijangka Daripada Intipati Belanjawan Selangor 2020?
Baca lagi →

1

3

Pada kasut sebelah kiri, warna ungu dan hijau digunakan bagi menonjolkan karakter Buzz Lightyear, dan pada bahagian atas diletakkan butang Instapump berwarna merah yang dikelilingi dengan jalur hitam dan kuning. Malah, perkataan ‘LIGHTYEAR’ juga diletakkan pada bahagian tepi kasut. Pada lidah kasut diletakkan tanda ‘SR’ merujuk kepada Space Ranger.

Berbeza dengan kasut pada sebelah kanan, warna biru, kuning dan corak lembu diletakkan bagi menonjolkan karakter Sheriff Woody. Pada bahagian lidah kasut pula diletakkan logo berbentuk lembu dimana merujuk kepada Sheriff Woody.

4

5

6

Walaubagaimanapun, harga untuk koleksi ini masih belum diketahui dan tarikh rasmi koleksi ini akan tersedia juga masih belum diketahui. Malah, koleksi kasut ini juga dikhabarkan adalah terhad.

Anda Mungkin Suka