Adakah anda pernah membuli atau dibuli? Pastinya tingkah laku buli ini memberikan kesan secara mental dan fizikal kepada mangsanya seperti trauma atau lebih parah mengakibatkan kematian.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @airissumayyah telah berkongsi video memaparkan baju anaknya yang telah diconteng oleh rakan di sekolah. Hal tersebut disedari Airis apabila anaknya pulang ke rumah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.tiktok.com/@airissumayyah/video/7080313142063926555?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7049159328120784386

Menurutnya, anaknya yang baru sahaja masuk darjah 1 mempunyai masalah ‘speech delay’. Mungkin disebabkan itu, ada murid yang bertindak membuli anaknya dengan menconteng baju.

Tambahnya, dia berasa kecewa dengan apa yang berlaku dan kasihan dengan anaknya itu serta mengatakan ini baru apa yang dia nampak, tidak tahu jika ada perkara lain berlaku di sekolah.

Difahamkan, mak kepada murid yang menconteng baju anaknya itu telah menelefonnya dan meminta maaf atas kejadian tersebut serta mahu menggantikan pakaian anaknya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengecam tindakan murid yang membuli anak wanita tersebut. Bukan itu sahaja, para netizen turut bersetuju bahawa ibu bapa memainkan peranan untuk memantau tindakan anak-anak mereka agar tidak berlaku kejadian seperti ini.

Malah, rata-rata netizen juga menyeru agar ibu bapa memberikan pendedahan dan mengajar tentang akhlak dan adab dengan rakan-rakan. Segelintir netizen turut meluahkan perasaan yang gejala buli ini makin menjadi-jadi ketika ini dan anak mereka turut pernah menjadi mangsa.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

‘Siap Boleh Panggil Sayang’- Pakej Kejut Sahur Dijual Di Shopee Serendah RM2 Khas Untuk Anda Yang Bujang

AirAsia Sudah Selesaikan Lebih 90% ‘Refund’ Pelanggan, Kata Tony Fernandes