Bagi mereka yang biasa mengembara, masalah bahasa itu sesuatu yang akan ditempuh setiap kali keluar mengembara. Lagi- lagi negara yang tidak menggunakan langsung bahasa inggeris dalam perbualan seharian mereka. ICONSPEAK ingin memudahkan masalah komunikasi anda dengan penyelesaian mudah ini ; baju tshirt dengan icon yang boleh difahami oleh semua orang.

Idea ICONSPEAK ini datangnya dari 3 sahabat; George, Steven dan Florian yang sudah mengembara ke serata dunia. Idea ini tercetus ketika mereka ke pedalaman Vietnam. Mereka percaya simbol yang dilukis pada kertas adalah cara yang paling mudah berkomunikasi dengan penduduk setempat. Mereka memilih simbol-simbol yang paling penting dan kemudiannya mencetak simbol-simbol ini ke atas baju.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

iconspeak2

Caranya? Mudah sangat. Anda hanya perlu tunjuk pada ikon pada baju dan ianya dapat membantu anda berkomunikasi. Ada simbol tandas kalau anda nak ke tandas, simbol makan kalau anda mencari tempat untuk makan dan simbol jam kalau anda mahu tahu waktu setempat di tempat anda sedang lawati. Owh, gabungkan simbol untuk terangkan sesuatu dengan lebih spesifik. Cool kan?

Jika anda berminat untuk dapatkan baju ini, boleh dapatkannya di sini. Harap mereka cipta sapu tangan pula dengan simbol-simbol ini. Lebih mudah untuk dibawa ke mana-mana. Takkan nak pakai baju yang sama saja sepanjang masa kan?

travel-shirt-iconspeak-world-1

travel-shirt-iconspeak-world-2

travel-shirt-iconspeak-world-4

travel-shirt-iconspeak-world-5

travel-shirt-iconspeak-world-13

travel-shirt-iconspeak-world-14

iconspeak9 (1)

Sumber