Setiap kali menaiki penerbangan Malaysia Airlines pasti sahaja tetamu penerbangan akan disambut mesra oleh pramugari berkebaya biru yang menjadi sebahagian daripada identiti syarikat penerbangan tersebut semenjak 32 tahun lalu. Namun tahukah anda kebaya biru tersebut disenaraikan antara seragam paling cantik di dunia?

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Menurut Ketua Pengajar Sekolah Hospitaliti Akademi MAB, Chang Chin Kwan berkata pemilihan kebaya sebagai seragam penerbangan tersebut bukan sahaja praktikal untuk pergerakan setiap masa waktu bekerja tetapi juga keunikan corak yang melambangkan identiti Malaysia.

Kebaya MAS disenarai sebagai antara seragam yang tercantik di dunia.

#Nasional Kebaya Malaysia Airlines Berhad disenarai sebagai antara seragam syarikat penerbangan yang tercantik di dunia.#MAS #Kebaya

Posted by Buletin TV3 on Monday, 1 October 2018

Untuk pengetahuan anda, kebaya yang digayakan ini direka oleh Fakulti Fesyen dari Institut Teknologi MARA (ITM) pada 1 Mac 1986 menampilkan motif batik Sarawak dan bunga-bunga tempatan seperti bunga cempaka, melur dan bunga raya.

Tidak hairanlah pelancong luar sering terpukau dengan keunikan corak batik yang digayakan pramuri Malaysia Airlines.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group