Memang ada peminat hardcore Hello Kitty di Malaysia rupanya. Menurut Kosmo Online, seorang usahawan kosmetik di Kelantan menjual 6 pasang koleksi baju kurung moden Hello Kitty miliknya dengan harga Rm50,000!

Pemilik baju Hello Kitty berkenaan, Yus Amina Mohd. Zawizah atay lebih dikenali sebagai Kakak Hello Kitty berkata baju tersebut adalah hasil tangan beliau sendiri dengan kos sekitar RM2,000. Tawaran tersebut dibuat oleh seorang wanita dengan nama Hajjah NN yang sudah lama memujuknya untuk menjual koleksi baju kurung Hello Kitty miliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Baju Kurung Hello Kitty
Antara baju kurung Hello Kitty milik Yus Amina

Tawaran itu diterima beliau di sebuah restoran dan tidak menyangka Hajjah NN akan memberinya cek bernilai RM50,000 untuk koleksi baju kurung Hello Kitty milik Yus Amina.

Rasanya lebih jimat sebenarnya untuk buat sendiri baju kurung dengan imej Hello Kitty ini tetapi mungkin ada personal value tersendiri yang ada pada baju kurung ciptaan Yus Amina ini. Kalau dah minat, wang bukan halangan. Kalau anda ada RM50,000 dalam tangan, apa yang anda mahu beli?

Sumber