Sebagai rakyat Malaysia, kita cukup bertuah kerana dapat meraikan pelbagai perayaan yang meliputi semua kaum antaranya Melayu, Cina dan India.

Tidak lama lagi, Tahun Baru Cina akan disambut dan pastinya ramai yang teruja dengan perayaan ini. Bukan sahaja ada makan besar tetapi dapat berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan.

Menariknya, IKEA tampil dengan beberapa menu sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina. Apa yang menarik perhatian kami adalah Bak Kwa atau dalam bahasa mudahnya ayam kering berperisa BBQ yang dijamin halal telah dijual.

Tidak mudah untuk mendapatkan Bak Kwa yang halal di pasaran. Difahamkan harga untuk sekotak Bak Kwa ini adalah RM48.80 sahaja dan jika anda berminat mencubanya bolehlah ke cawangan IKEA berdekatan sebelum kehabisan stok.

81c2
Sumber: IKEA Cheras Fan Club
70b2
Sumber: IKEA

Selain itu, menu lain yang diperkenalkan adalah seleksi ayam kepak pilihan ramai tetapi hadir dengan perasa yang pedas. Sedia maklum, menu ini akan berada di pasaran hingga 31 Mac 2020 dan berharga RM17.90 sahaja.

Anda juga boleh makan ayam kepak bersama ‘Lotus Leaf Rice’ yang cukup istimewa dan harganya cuma RM8 sahaja serta ia akan tersedia di restoran IKEA sehingga 9 Februari 2020.

7382
Sumber: IKEA
bde7
Sumber: IKEA

Sambutan Tahun Baru Cina cukup sinonim dengan pemberian buah oren. Oleh itu, anda juga boleh membeli buah oren berharga RM26.80 untuk sekotak. Apa tunggu lagi?

Tahukah anda simbolik dan maksud disebalik menu makan besar semasa perayaan Tahun Baru Cina? Apa kata klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

7 Menu Makan Besar Dan Simboliknya Di Tahun Baru Cina

9 Teknik Sebelum Makan Yee Sang Dan Signifikannya Di Tahun Baru Cina

Beginilah Cara Cina Muslim Menyambut Tahun Baru Cina

Sumber