Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menjemput kesemua ahli parlimen Malaysia untuk hadir ke Istana Negara bagi melalui proses temu bual secara persendirian bersama baginda.

Perkara tersebut diumumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato’ Ahmad Fadil Hj. Shamsuddin dalam satu sidang media yang diadakan pada tengahari tadi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Apa yang akan berlaku untuk hari dan esok, semua ahli parlimen dijemput untuk mengadakan personal interview bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Personal interview ini akan diadakan secara ringkas, dalam masa dua hingga tiga minit atau kurang,” jelas Datuk Pengelola Bijaya Diraja.

Sesi itu dijangka akan bermula dari jam 2.30 petang hari ini dan akan berlanjutan sehingga esok dengan 90 orang ahli parlimen akan hadir ke Istana Negara untuk hari ini.

Temu bual tersebut menurut beliau juga akan dilakukan sendiri oleh baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja berkata ahli-ahli parlimen ini akan diletakkan di dalam bilik mengikut kumpulan-kumpulan kecil dan akan dipanggil seorang demi seorang.

Mereka-mereka ini juga akan dipanggil secara individu dan tidak mengikut parti yang diwakili mereka.

Tambahnya lagi, apa yang dipraktikkan oleh baginda Yang di-Pertuan Agong adalah selaras dengan perlembagaan persekutuan dimana baginda perlu mendapatkan kepercayaan dan keyakinan kepada seseorang yang telah dipilih.

Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai perubahan landskap politik negara selepas Dr Mahathir Mohamad mengumumkan untuk meletak jawatan sebagai perdana menteri Malaysia yang ke 7 pada semalam. Klik pautan untuk membaca. 

Tiada PM Ke-8 Setakat Ini, Tun Mahathir Dilantik Perdana Menteri Interim

Tun Mahathir Dilaporkan Serah Surat Peletakan Jawatan Sebagai Perdana Menteri Kepada YDPA