Untuk terus bergerak seiring dengan arus permodenan, Facebook baru-baru ini telah melancarkan aplikasi perkongsian video yang dikenali sebagai Lasso. Lasso dipercayai mampu bersaing dengan aplikasi TikTok yang popular dalam kalangan remaja.

Menariknya aplikasi Lasso ini, ia membolehkan para pengguna membuat video pendek dan berkongsi di semua platform media sosial dan boleh mencari trend terkini. Malah, terdapat banyak koleksi lagu dalam aplikasi tersebut dan didatangkan dengan kesan khas yang unik dan video berdurasi 15 saat boleh dikongsi secara langsung di Facebook Story.

Ini merupakan inisiatif Facebook untuk menarik semula generasi muda yang memilih aplikasi lain berbanding Facebook dengan menawarkan perkhidmatan yang berbeza. Lasso kini boleh didapati di iOS dan Android.

facebook-lasso-hero