Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, model SUV menjadi pilihan rakyat Malaysia tidak kira sama ada jenama tempatan mahupun luar negara.

Terbaharu, satu lagi jenama kereta dari China, Chery yang pernah menutup operasi mereka di negara ini pada beberapa tahun lalu bakal kembali semula dengan membawa masuk model SUV baharu mereka ke Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Chery Malaysia telah mengesahkan mereka bakal membawa masuk model ‘Chery OMODA 5’ yang membuat penampilan pertama semasa acara Art in Motion di Auto Guangzhou 2021 lalu.

Sumber Gambar: Chery International
Sumber Gambar: Chery International

Memetik kenyataan rasmi Chery, konsep reka bentuk baharu ‘Art in Motion’ menggabungkan teknologi termaju dengan perubahan penggayaan dinamik, menghasilkan penampilan yang berkesan dan dinamik berdasarkan keseimbangan cahaya dan bayang-bayang.

Pengerusi Chery, Yin Tongyue berharap SUV itu akan menjadi piawaian baharu untuk Chery dari segi kepuasan pelanggan, daya saing, minda digital, pembuatan dan kualiti.

OMODA 5 telah dibangunkan selama 18 bulan untuk menjadi sebuah produk yang diterima global. Sejak debut pada bulan November tahun lalu, model SUV ini telah mendapat maklum balas positif dari dalam dan luar negara.

Model SUV ini dikuasakan dengan enjin baharu Chery Kunpeng 1.6-liter turbo TGDI yang menghasilkan 194HP dan 290Nm, mempunyai transmisi gear 7-speed dual-clutch untuk menggerakkan roda hadapan.

Sumber Gambar: Facebook Chery Malaysia

Pada 8 Februari baru-baru ini, barisan pemasangan di ibu pejabat pembuatan Chery di Wuhu, Wilayah Anhui, China baru sahaja memulakan produksi unit pertama OMODA 5.

Dalam satu hantaran Facebook, Chery Malaysia mengesahkan model OMODA 5 bakal hadir ke pasaran tempatan dalam dua varian — ICE (Internal Combustion Engine) dan NEV (Neighbourhood Electric Vehicle). Bagaimanapun, tiada info lanjut dikongsikan bilakah SUV tersebut bakal dilancarkan di Malaysia.

Sementara kita menunggu pelancaran rasmi, bolehlah anda lihat lebih lagi gambar-gambar model Chery OMODA 5 di bawah yang bakal bersaing dengan pelbagai model SUV yang ada di negara ini.

Sumber Gambar: Chery
Sumber Gambar: Chery
Sumber Gambar: Chery
Sumber Gambar: Chery
Sumber Gambar: Chery
Sumber Gambar: Chery
Sumber Gambar: Chery

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sementara itu lihat lagi beberapa rekaan konsep model kereta Proton yang menjadi perhatian ramai.

Mungkin Ini ‘Proton S50’ Yang Akan Dilancarkan Sekitar Tahun Ini?

Hanya Sekadar Konsep, Netizen Terpegun Dengan Rekaan ‘Satria Neo’ Ini

Rekaan Konsep Satria Neo ‘5-Pintu’ Ini Buat Netizen Kagum, Mungkinkah Pengganti Model Suprima S?