Ini satu berita baik buat peminat SUV Honda kerana Honda Malaysia sudah membuka tempahan bagi SUV generasi baharu Honda HR-V 2022 melalui semua pengedar tempatan.

Honda HR-V 2022 yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia  dalam varian petrol dan hibrid (e:HEV). Saiz SUV ini mempunyai ukuran sepanjang 4,385 mm, 1,790 mm lebar, tinggi 1,590 dengan jarak antara roda 2,610 mm.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ia turut hadir dengan varian tertinggi, varian RS, yang mana model SUV ini bakal dikuasakan dengan hibrid e:HEV serta sistem i-MMD (intelligent Multi-Mode Drive) yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 131 PS dan 253 Nm, serta tiga pilihan mod pemanduan iaitu ECON, Normal dan Sport.

Rekaan HR-V 2022 telah berubah sepenuhnya dengan rekaan gril hadapan baharu, ditambah pula penggunaan lampu signal jenis LED, jalur panjang LED di bahagian belakang, lampu DRL, lampu kabus LED dan rim aloi bersaiz 18-inci.

Daripada segi ciri-ciri keselamatan pula, HR-V 2022 mempunyai sokongan Honda SENSING terdiri daripada; Lead Car Departure Notification (LCDN), Adaptive Cruise Control (ACC), Collision Mitigation Braking System (CMBS), Lane Keep Assist System (LKAS), Auto High Beam (AHB) dan pelbagai lagi.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan model Honda HR-V baharu ini, pelancaran dijadualkan bakal berlangsung pada suku ketiga tahun ini.

Bagaimanapun, anda sudah pun boleh mula menempah model SUV dengan lawati ke mana-mana pusat pameran dan jualan Honda berhampiran, atau layari laman web rasmi melalui pautan ini.

Sumber Gambar: Honda Malaysia

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Jika anda berminat model kereta bersaiz kompak, mungkin anda boleh baca lebih lanjut mengenai Honda City Hatchback melalui pautan di bawah.

Tempahan Honda City Hatchback 2022 Kini Dibuka, Hadir Dengan Teknologi ‘Honda Sensing’

Honda Civic Generasi Baharu Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia, Harga Rasmi Bermula RM125,634