Berita baik buat peminat model Honda Civic kerana kini Honda Malaysia sedia mengambil tempahan untuk pasaran tempatan. Honda Civic generasi kesebelasan ini turut dikenali sebagai Honda Civic FE.

Ramai yang mengatakan Honda Civic generasi baharu kali ini sudah hilang aura ‘sporty’, sebaliknya ia telah digantikan dengan rekaan lebih elegan dan premium yang hampir mirip seperti model Honda Accord.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setakat ini, hanya spesifikasi model Honda Civic RS sahaja telah didedahkan oleh pihak Honda Malaysia. Manakala untuk varian lain, kita perlu tunggu sehingga tarikh pelancaran bakal tiba nanti.

Sumber Gambar: Laman Web Honda Malaysia

Sedikit spesifikasi ringkas Honda Civic FE RS yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia, kereta ini hadir dengan enjin turbocharged 1.5L VTEC, lampu LED Combi, lampu hadapan LED serta LED DRL, 18-inci rim aloi berwarna hitam matte dan dilengkapi dengan teknologi keselamatan Honda Sensing.

Memetik laporan Paultan, sejak model Civic mula masuk Malaysia pada tahun 2001, Honda Malaysia telah menjual sejumlah 148,000 unit keseluruhannya. Model generasi ke-10 yang diperkenalkan pada 2016 telah menyumbang sebanyak 66,600 unit daripada jumlah tersebut.

Bahkan model ini kekal mendahului segmen C dengan perkongsian pasaran sebanyak 71% setakat bulan Oktober 2021 baru-baru ini.

Jika anda berminat untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai tempahan model Civic FE ini, anda boleh mengunjungi mana-mana pengedar sah Honda di seluruh Malaysia atau hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau layari laman web www.honda.com.my.

Pada awal bulan November baru-baru ini, Honda Malaysia sudah membuka tempahan untuk model Honda City Hatchback. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Tempahan Honda City Hatchback 2022 Kini Dibuka, Hadir Dengan Teknologi ‘Honda Sensing’

Honda Secara Rasmi Tamatkan Pengeluaran Model Jazz Di Malaysia