Kerajaan Singapura akan menghapuskan jenayah seks antara lelaki dengan lelaki. Ini disahkan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Ahad lalu. Menurut Reuters, Lee berkata rakyat Singapura, terutamanya golongan belia kini lebih menerima golongan gay.

Bagaimanapun, kerajaan tidak bercadang untuk ubah definisi undang-undang perkahwinan antara lelaki dan wanita. “Saya percaya ini adalah perkara yang betul untuk dilakukan, dan sesuatu yang kini diterima oleh kebanyakan rakyat Singapura,” katanya.

Beliau juga menambah bahawa kerajaan akan memansuhkan undang-undang yang menjenayahkan hubungan seks antara lelaki di negara ini. Di bawah Perkara 377A undang-undang tempatan, pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun di bawah undang-undang.

Bagaimanapun, tidak jelas bila ia akan dilaksanakan. Sebelum ini, peraturan ini sering menjadi topik perdebatan oleh kumpulan lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ) di Singapura.

Singapura kini menjadi negara Asia terbaharu yang mengiktiraf hubungan sesama jenis di antara lelaki dengan lelaki. Sebelum ini, pada 2018, India juga melakukan perkara sama dengan menarik balik larangan seks sesama jenis.

Penduduk Singapura terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama. Daripada 5.5 juta, di mana kira-kira 16% adalah Muslim, dengan komuniti Buddha dan Kristian yang lebih besar.

Singapura mempunyai penduduk etnik Cina yang dominan. Bagaimanapun, dalam bancian 2020, terdapat sejumlah besar minoriti Melayu dan India.

Bagaimanapun, dalam ucapan yang sama, Lee menegaskan bahawa dia masih menyokong definisi tradisional perkahwinan, iaitu antara lelaki dan wanita.

“Kami percaya bahawa perkahwinan harus antara seorang lelaki dan seorang wanita, bahawa anak-anak harus dibesarkan dalam keluarga sedemikian, bahawa keluarga tradisional harus membentuk blok pembinaan asas masyarakat,” katanya.

Benarkah rakyat Singapura lebih kata berbanding rakyat Malaysia bila bersara? Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Benarkah Rakyat Singapura Lebih Kaya Berbanding Rakyat Malaysia Bila Bersara?

Apa Yang Kita Boleh Belajar Daripada Polisi Perumahan Singapura

Singapura Adalah Tanah Melayu, Kata Pendakwah Indonesia Selepas Dilarang Masuk Ke Negara Itu