Seperti yang kita sedia maklum, penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan pada hari ini menjadi detik bersejarah buat rakyat Malaysia.

Ini kerana selepas hampir tiga bulan, sempadan-sempadan antara negeri kini kembali dibuka selepas terpaksa ditutup bagi menghalang perjalanan rentas negeri ekoran penularan wabak COVID-19 sebelum ini.

Sempadan yang paling mencuri tumpuan sudah pastinya yang terletak di antara negeri Selangor dan Perak dek kerana kisah dua beradik sebelum ini terpaksa bersalaman melalui dawai besi kerana tersekat dengan perintah tersebut.

Namun kini, selepas bilangan kes yang menurun secara mendadak dan berada dalam kawalan, kerajaan akhirnya memutuskan untuk membuka kembali sempadan tersebut dan penduduk sekitar tidak melepaskan peluang untuk merakam detik bersejarah itu.

Detik ‘bersejarah’ pembukaan kembali sempadan antara kedua negeri itu sememangnya dinantikan oleh penduduk setempat dengan beberapa perkongsian tentang pengumuman pihak berkuasa mengenai pembukaan itu turut mendapat perhatian sejak dari semalam.

Walaupun hanya dibuka pada tengah malam semalam pada jam 0001, namun orang ramai dalam perkongsian yang dibuat pada petang semalam dilihat sudah berada di kawasan dawai tersebut diletakkan bagi memantau keadaan semasa.

Pembukaan kembali sempadan antara negeri dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan terbaru ini pastinya dinanti orang ramai terutama buat mereka yang sudah lama tidak pulang ke kampung halaman.

Malah, sebahagian besar netizen juga berpendapat rakyat Malaysia kini boleh kembali menyambut hari raya Aidilfitri yang tertangguh sebelum ini.

Kenangan melalui PKP akan menjadi antara detik yang tidak dapat dilupakan dalam kehidupan kita semua. Ketahui 7 personaliti yang akan sentiasa diingati rakyat Malaysia selepas ini di pautan di bawah. 

7 Personaliti Yang Rakyat Malaysia Baru ‘Discover’ Dan Akan Diteruskan Walaupun PKP Tamat

‘Kebanyakan Gambar Diambil Dari Dalam Kereta’- Jurugambar Ini Rakam Kesunyian Ibu Kota Ketika PKP

Hampir 2 Bulan Tutup Kedai Kerana PKP, Netizen Kongsi Gambar Barangan Kulit Dipenuhi Kulat