Jika sebelum ini pemain bola sepak sentiasa sahaja dikaitkan dengan gaya hidup mewah terutama mereka yang bermain bersama pasukan-pasukan besar.

Namun bukan itu yang berlaku dengan bintang muda negara, Luqman Hakim yang kini mewakili pasukan bola sepak KV Kotrijk di Belgium.

Tatkala ramai yang pemain yang seusia dengannya sedang berkira-kira untuk mendapatkan kereta mewah lain pula ceritanya buat pemain muda berasal dari Kelantan ini.

Dalam satu perkongsian video dimuatnaik media rasmi pasukan itu baru-baru ini, Luqman dirakam baru sahaja mendapatkan basikal baru untuk digunakan dalam kehidupan sehariannya di sana.

yeay
Luqman ketika mendapatkan basikal baru yang turut dilengkapi dengan ciri elektrik

Menurut wakil kelab, pemberian basikal itu adalah hasil daripada perbincangan bersama pihak kelab untuk menyediakan pengangkutan yang sesuai buatnya.

” Kami telah melakukan perbincangan kecil mengenai Luqman dan proses integarsinya disini.

“Kesimpulannya ia berjalan dengan sangat lancar dan kami hanya perlu menyediakan pengangkutan terbaik buatnya memandangkan dia tinggal agak jauh daripada stadium,” jelas wakil tersebut.

Walaupun berada jauh daripada keluarga dan rakan-rakannya di Malaysia namun ia dilihat tidak menghalang Luqman untuk kelihatan gembira di sana. Malah riak wajahnya juga jelas kelihatan gembira semasa mendapatkan basikal tersebut.

Ia ditambah lagi dengan reaksi beliau yang kelihatan santai dan teruja ketika mencuba basikal berkenaan di sekitar jalan-jalan di sana yang turut dikongsikan dalam video berkenaan.

happyboi
Reaksi Luqman selepas mencuba basikal barunya di sekitar bandar

Perkongsian itu yang mendapat hampir 10,000 likes di akaun rasmi pasukan bola sepak itu turut menerima pelbagai komen positif daripada netizen.

Teruja melihat perkembangan terbaru pemain muda dari Malaysia itu, netizen juga tidak dapat menyembunyikan kegembiraan melihat kelibat anak muda itu berbasikal sambil tersenyum di negeri orang.

4

3

2

1

Baca juga perkongsian kami mengenai respon netizen terhadap aksi penuh mendebarkan yang dipamerkan Hafizh Syahrin dalam saingan Moto2 sebelum ini di pautan di bawah.

Aksi Luar Biasa Hafizh Syahrin Selamatkan Motosikal Buat Netizen ‘Mat Salih’ Tergamam

Ozil Guna Duit Sendiri Selamatkan Maskot Pasukan Sejak 1993 Daripada Dibuang Kerja

‘Lesen Dan Plat Hanya Akan Mengurangkan Pengguna Basikal’- Azizulhasni Awang