Sebut mengenai Perodua Myvi pasti ramai yang cukup tahun mengenai model kereta ini. Malah, mungkin model kereta ini merupakan antara model kereta paling popular di Malaysia melihatkan kepada jumlah penggunanya yang ramai.

Menawarkan ciri keselesaan dan prestasi yang baik serta hadir dengan harga yang berbaloi antara yang membuatkan model ini menjadi pilihan sejumlah besar individu di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila tular di Twitter @twtwedding menerusi respon ibu wanita ini apabila memaklumkan soal pembelian kereta teman lelakinya.

Isu ini bermula apabila ibu wanita ini pada mulanya memaklumkan seseorang lelaki perlu mempunyai kereta terlebih dahulu sebelum menikahi anak perempuannya. Keputusan yang dibuat ibunya itu telah membuat teman lelaki wanita tersebut memilih untuk membeli sebuah Perodua Myvi.

Disangkakan ibunya bersetuju dengan pilihan yang dibuat, perkara sebaliknya berlaku apabila ibunya melabelkan Perodua Myvi sebagai kereta yang sekadar sesuai digunakan oleh para pelajar serta tidak mempunyai imej.

Respon ibu wanita ini sekaligus membuatkan beliau terasa hati memandangkan ibunya seolah meletakkan syarat kereta yang wajar didapatkan teman lelakinya sebelum berkahwin. Bukan itu sahaja, ibunya turut memesan agar mengikut pesanan beliau sekiranya tidak mahu menyesal di kemudian hari.

Perkongsian wanita ini menerusi platform Twitter bertujuan meminta pendapat orang ramai sama ada beliau patut memujuk ibunya agar menerima keputusan untuk teman lelakinya membeli Perodua Myvi atau sebaliknya.

Kisah wanita ini nampaknya telah mendapat perhatian netizen dalam mempersoalkan tindakan ibunya yang terlalu mementingkan model kereta. Tidak kurang juga yang memaklumkan, Perodua Myvi sudah cukup baik untuk kegunaan harian. Berikut merupakan respon netizen terhadap isu yang berlaku.

https://twitter.com/kusyuk/status/1512928452739219456

Sementara itu, terdapat juga netizen yang mencadangkan agar teman lelakinya memilih kereta sedan mampu milik seperti Perodua Bezza kerana mampu memuatkan lebih banyak barangan serta hadir dengan harga lebih rendah berbanding Perodua Myvi.

Walau bagaimanapun, respon daripada Twitter jelas menunjukkan para netizen lebih selesa dengan kereta dengan bayaran komitmen yang rendah berbanding kereta mewah yang pastinya menelan belanja yang besar setiap bulan.

Tular pada minggu ini apabila Pihak PDRM dilaporkan akan membuka kertas siasatan terhadap pasangan Singapura ini yang menggunakan mod ‘auto-pilot’ di jalan raya Malaysia.

Mod ‘Auto-Pilot’ Dilarang Di Malaysia, PDRM Akan Buka Kertas Siasatan Terhadap Pasangan Singapura

Daripada Ejekan Kepada Pergaduhan, Tindakan Pelajar Lelaki Di Sepang Ini Raih Perhatian Netizen

Cetus Fenomena Di Malaysia, Kerusi ‘Gaming’ Tomaz Berjaya Menjadi Penyelamat Syarikat Ketika PKP