Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Jika anda merupakan salah seorang peminat drama kepolisan Gerak Khas, pasti anda akan mengenali watak Detektif Lingam yang dilakonkan oleh Deen Maidin.

Merupakan salah seorang daripada tujuh pelakon asal drama bersiri yang mula disiarkan sejak 1999 itu, beliau sangat sinonim dengan watak anggota polis yang dibawanya.

Kini selepas 20 tahun bersama Gerak Khas, Deen Maidin baru-baru ini dilaporkan menceburi bidang perniagaan makanan dengan membuka Dapur Gerak Khas di Ampang.

Perniagaan itu menurut temubual bersama Harian Metro adalah kesinambungan daripada perniagaan kecil-kecilan yang dilakukannya ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan baru-baru ini.

Beliau juga pada masa sama memberi bayangan gerai yang dinamakan bersempena dengan drama bersiri popular itu juga sebagai salah satu persediaan apabila bersara kelak.

“Dapur Gerak Khas menyediakan yong tau foo dan pelbagai menu lain. Saya akan pencen tak lama lagi dan perniagaan adalah persediaan awal bagi mencari rezeki.

“Dah tujuh tahun lalu saya jual lemang Gerak Khas yang disukai ramai. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya jual lemang dan kambing bakar.

“Alhamdulillah, sambutan memang hangat daripada peminat dan rakan artis. Boleh dikatakan gerai ini adalah kesinambungan daripada perniagaan saya ketika PKP,” katanya.

Berkenaan nama gerainya yang mengambil inspirasi daripada nama drama bersiri popular itu, Deen berkata beliau telah pun berbincang bersama Datuk Yusof Haslam dan telah mendapat kebenaran daripadanya.

Datuk Yusof Haslam jelasnya hanya memberikan pesanan agar beliau sentiasa menjaga kualiti memandangkan beliau membawa nama Gerak Khas.

“Saya buat lemang pun saya bagi dia rasa terlebih dahulu.

“Bila dia kata sedap, barulah saya jual,” kongsinya.

Baca juga perkongsian hiburan semasa daripada kami melalui pautan di bawah. 

Pengarah Lagi-Lagi Senario Dedah Lokasi Sebenar Warung Roti Canai Azlee Dan Mazlan

Kembali ‘Trending’, Filem Epik Ejen Ali: The Movie Kini Boleh Ditonton Menerusi Netflix

Pernah Dituduh Tiru BlackPink, DOLLA Buktikan Kemampuan Sendiri Dengan ‘Trending’ Di YouTube

Anda Mungkin Suka