Angkasawan negara Dr Sheikh Muszapahar baru-baru ini mengumumkan isterinya yang mesra disapa sebagai Dr Halina kini sedang mengandung selama 13 bulan.

Namun, apa yang mengujakan sudah pastinya apabila beliau memberitahu mereka kini juga menjangkakan untuk menerima sepasang lagi kembar untuk kali ini selepas pernah memiliki anak kembar sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Menjangkakan kembar sekali lagi, Alhamdulillah syukur teramat.

“Dr Halina kini mengandung 13 minggu dengan kembar,” kongsinya di Instagram.

Mengulas mengenai proses kandungan pasangan kembar itu sebagai deja vu, Dr Sheikh bagaimanapun menjelaskan kandungan anak kembar sentiasa berisiko tinggi.

Perkara itu katanya berdasarkan pengalaman lalu mereka bersama pasangan kembar pertama mereka Sheikh Adam dan Sheikh Noah yang lahir tiga tahun lalu.

“Mual berganda, muntah berganda, kembung berganda, mengidam berganda dan pendarahan berganda seperti yang pernah dialami isteri.

“Sukar untuk melihat dia dengan kandungan trimester pertama dan masih bekerja sebagai petugas barisan hadapan bagi merawat pesakit Covid-19,” katanya.

Hantaran yang dibuat angkasawan negara itu sudah pastinya mendapat reaksi yang mengujakan dalam kalangan netizen dengan gambar keluarganya yang dimuat naik berserta pengumuman itu mendapat lebih 100,000 sukaan dan dipenuhi dengan komen ucapan tahniah buat mereka sekeluarga.

Bukan sahaja di Instagram, malah perkahabaran mereka bakal menimang cahaya mata kembar itu turut trending di Twitter sejak semalam dengan nama isterinya Dr Halina kini menjadi salah satu topik trending di sana.

Dr Sheikh Muszaphar sebelum ini turut mencuri perhatian apabila beliau dikatakan menghantar sendiri makanan yang dijual di restoran miliknya kepada pelanggan ketika PKP sebelum ini. Baca lebih lanjut mengenainya di pautan di bawah. 

Dari Angkasa Ke Jalanan, Dr Sheikh Muszaphar Kini Jadi ‘Delivery Boy’ Di Musim PKP

Isu Bumi Berbentuk Sfera, Jawapan Sheikh Muszaphar Buat Pengikut ‘Flat Earth’ Terdiam