Ahad lepas telah berlangsungnya pertadingan Kejohanan Futsal yang telah menghimpunkan komuniti anak yatim, golongan asnaf dan komuniti pelarian yang berlindung di seluruh Malaysia. Pertandingan ini di anjurkan oleh Kumpulan NGO iaitu Kindness Malaysia.

Antara tujuan pertadingan ini diadakan , untuk memberikan peluang kepada golongan kurang bernasib baik untuk menunjukkan bakat mereka untuk mengembangkan bakat ke peringkat yang lebih tinggi serta untuk merapatkan lagi hubungan dengan komuniti yang lain.

Pengasas Kindness Malaysia Encik Muhammad Kamarulazi berkata, “dalam program ini kami melayan kesemua peserta sepertimana orang kenamaan beserta makan yang ditawarkan secara freeflow.

Lebih menarik tiada sebarang yuran penyertaan dikenakan. Selain itu, peserta juga berpeluang menangi Piala Kindness dan wang tunai keseluruhan berjumlah RM 10,000. Sebanyak 38 pasukan yang bertanding untuk berebut kemenangan ini.
IMG-20180402-WA0009

IMG-20180401-WA0009

Pertandingan ini telah mendapat perhatian dari oleh wakil Kementerian Belia Sukan (KBS) dan Persatuan Pemain Profesional Bola Sepak Malaysia (PFAM) untuk mengenal pasti pemain yang berbakat untuk dihantar menjalani latihan selepas ini.

Rumah anak yatim Alya FC dari Kedah muncul juara untuk lelaki diikuti dengan rumah AL IJABAH FT  yang mendapat gelaran naib juara. Bagi pemain terbaik lelaki dan perempuan di menangi oleh Saen dari Ijabah dan Norfahana Atiqa dari Nuri FC. Untuk anugerah Pengurus Terbaik Hafeez Nazri dari pasukan ASDAF.

Tahniah untuk semua pemenang diharapkan pertandingan Futsal Kindness Malaysia dapat di teruskan pada masa hadapan. Oh ya kepada sesiapa berminat ingin meryertai aktiviti sukarelawan bersama NGO Kindness Malaysia, anda boleh like dan follow laman sosial Kindness Malaysia.

FB_IMG_1522721679874

IMG-20180401-WA0014

IMG-20180401-WA0015

IMG-20180401-WA0016

IMG-20180402-WA0013

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤