Terbaharu, pelakon Edika Yusof meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan segelintir pengarah atau mana-mana media stesen televisyen tempatan yang hanya memandang pada usia seseorang pelakon berbanding bakat yang dimiliki mereka miliki menerusi satu hantaran Facebook.
Menerusi perkongsian tersebut, Edika berpendapat bahawa bakat lakonan seseorang seharusnya dinilai berdasarkan kemampuan sebenar untuk menjayakan sesuatu karya.
Baca Juga:
- Anda Selalu Boros? Ini Tip Berbelanja Khas Untuk Kaki Shopping
- Orang Muda Lebih Suka Beli Kereta Berbanding Rumah Untuk Bergaya
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
Tambahnya, bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini kepada pelakon sehingga menganggu tempoh penggambaran sebenar maka pihak produksi seharusnya menyediakan pelakon aksi seperti dilakukan industri seni luar negara terutama sekali sebarang kecederaan ditanggung sendiri oleh pelakon.
“Kenapa di sini nilai artis yang meningkat usia di down gred kan. Offer payment serendah-rendah mungkin kerana budget dah burst terpaksa bayar tinggi kepada leading (pelakon utama) yang muda mudi,”ujar Edika.
Malah, Edika berharap agar semua masalah dapat diselesaikan dengan baik sekiranya berlakunya konflik atau salah faham berdasarkan isu melibatkan faktor usia seseorang anak seni.