Kafe bakeri terkenal dari Korea Selatan, Paris Baguette telah secara rasmi membuka cawangan pertamanya di Pavilion Kuala Lumpur.

Pembukaan kedai baharu itu akan menyumbang kepada pengaruh serantau Paris Baguette yang semakin berkembang dengan mempamerkan kafe bakeri konsep ‘urban‘ yang tersendiri dengan palet kontras warna biru, tekstur putih lembut dan aksen gelap.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun, bakeri ini menjadi lebih terkenal apabila digunakan sebagai penaja produk dalam drama Korea, The King: Eternal Monarch, episod 3 yang dibintangi oleh pelakon kacak terkenal Korea Selatan, Lee Min Ho.

Babak tersebut memaparkan Lee Min Ho yang segak bergaya memakai baju kot panjang berwarna hijau membeli roti di dalam kedai bakeri terkenal itu.

Peminat roti kini boleh menikmati pilihan pastri, roti, kek, makanan panas dan pencuci mulut berinspirasikan Eropah yang berbeza, seperti Signature Mushroom Soup in Bread Bowl, Signature Natural Yis Bread, Fresh Yogurt Cream Cake, Mr & Ms Bear Madelaine, No 1 Sandwic Tart Keju, Makaroni, dan Cranberry Chicken Pastry Wrap, yang semuanya disediakan segar setiap hari menggunakan bahan-bahan premium dan berkualiti.

@vocket

♬ GASLIGHT – INJI

Untuk makluman, Paris Baguette ialah rangkaian kafe kedai roti terkemuka di Korea Selatan yang diasaskan pada tahun 1988 dengan lebih 4,000 cawangan di seluruh dunia.

Sekiranya anda mahu merasai roti yang menjadi kegemaran peminat K-Drama, bolehlah ke Pavilion Kuala Lumpur. Kami sudah mencubanya dan Mushroom Soup in Bread Bowl menu wajib yang anda perlu pesan jika ke sini. Selamat mencuba!