Disaat semua orang mahu melupakan era hitam pemerintahan Donald Trump di Amerika Syarikat, namun terdapat satu negara yang masih belum move on dengan bekas pemimpin AS yang penuh kontroversi ini.

Negara itu adalah Iran, yang masih berdendam dengan Trump di atas kejadian pembunuhan jeneralnya. Selain itu, Trump juga menuduh Iran membangunkan senjata nuklear sehingga mereka dikenakan sekatan ekonomi yang keras.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui akaun Twitter agensi berita Farsi milik kerajaan Iran, pada akhir minggu lalu, memuat naik satu hantaran kontroversi yang memetik pemimpin tertinggi, Ayatullah Ali Khamanei. Dalam catatan yang turut dimuat naik bersama gambar Trump bermain golf diintip dari udara dengan keterangan yang mengancam.

“Balas dendam tidak ada batas waktunya,” kata petikan tersebut dalam bahasa Inggeris. Catatan ini seolah-olah memberi petunjuk bahawa tentera Iran mempunyai kemampuan untuk menghantar drone dengan bom untuk menghapuskan bekas presiden Amerika ke-45.

1611331310362-screen-shot-2021-01-22-at-110134-am

“Pembunuh yang mengarahkan tindakan pengecut dengan membunuh Soleimani mesti tahu bahawa kematian boleh terjadi pada bila-bila masa.” Namun, disebabkan kandungan yang mengancam dan melanggar polisi, Twitter terus memadam hantaran terbabit.

Kenyataan keras dan ancaman kepada Trump tidak hanya berlegar di media sosial, tetapi ia turut dimuat naik di laman web rasmi Ayatullah Ali Khamenei.

Selama Trump berkuasa, sekatan ekonomi lebih keras telah dikenakan kepada Iran. Trump juga telah bertanggungjawab dalam satu operasi ketenteraan AS yang membunuh Mejar Jeneral Qasem Soleimani, seorang pegawai tertinggi Pengawal Revolusi Iran, pada Januari 2020.

Difahamkan, Qasem Soleimani adalah orang kanan Ayatullah Ali Khamenei, individu yang bertanggungjawab menyelaras misi ketenteraan Iran di pelbagai negara Timur Tengah. Bagi para pemerhati, pembunuhan Soleimani adalah cara Amerika untuk menawan hati Arab Saudi, sekutu penting AS di Timur Tengah, yang membenci Iran.

Untuk pengetahuan anda, hubungan Iran dan Amerika Syarikat sejak dari dulu lagi sudah keruh. Ia selepas terjadinya gerakan ulama Syiah di Iran yang berjaya menjatuhkan pemerintahan Shah Reza Pahlavi yang mempunyai hubungan baik dengan AS. Pada era Barack Obama, hubungan AS-Iran juga lemah, namun sekatan yang dikenakan ke atas Iran tidaklah sekeras Trump.

Terdahulu, komander tertinggi Iran terbunuh dalam serangan udara AS di Baghdad. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Komander Tertinggi Iran Terbunuh Dalam Serangan Udara Amerika Syarikat Di Baghdad

Ahli Parlimen Iran Tawarkan RM12 Juta Kepada Sesiapa Yang Berjaya Membunuh Donald Trump

Pembunuhan Komander Tertinggi Iran, Tehran Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Donald Trump