Penumpang teksi ini ketakutan apabila pemandunya melakukan cubaan melarikan diri daripada polis. Aksi kejar-mengejar itu dapat dirakam oleh kamera. Penumpang teksi ini seorang keyboard warrior.

Setahun yang lalu, penumpang teksi ini mempersoalkan keaslian sebuah video pandu uji kenderaan Chevrolet Camaro. Dia memperkecilkan usaha-usaha pemandu dan pembikin video tersebut. Apatah lagi dia merupakan seorang penulis di laman web niche kenderaan. Baginya video itu adalah satu lakonan semata-mata. Mustahil dilakukan secara real life.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa yang terjadi padanya hari ini adalah bagaikan satu dejavu! Apa yang berlaku di dalam video pandu uji itu telah berlaku pada dirinya. Cuma bezanya ia berlaku di dalam sebuah teksi dengan pemandu teksi yang menjadi tidak keruan apabila polis memintanya memberhentikan kenderaan lantaran dia bekas banduan yang baru keluar dari penjara setelah 10 tahun menghuninya.

Sebenarnya, setahun yang lalu itu juga telah membuatkan seseorang berasa bengang dengan penumpang teksi ini yang bernama Travis Okulski dari Jalopnik kerana telah mempertikaikan kredibilitinya sebagai seorang pemandu Nascar dengan mengatakannya 100% palsu! Video yang dipersoalkan oleh Travis Okulski itu adalah sebuah video usahasama Jeff Gordon, lagenda Nascar dengan Pepsi bagi satu aksi prank salesman kereta Chevrolet.

Jadi, ini balasan Jeff Gordon buat Travis Okulski:

https://www.youtube.com/watch?v=dRIgmKGDqFM

Amacam? Real ke tak real?

Haha! Kecut perut dibuatnya. Pengajarannya, kritik apa yang orang lain itu buat lebih mudah daripada merasainya sendiri pengalaman tersebut ;)

Full story: Jalopnik

LIKE Facebook The Vocket disini untuk terus menerima pelbagai notifikasi kisah menarik dari kami!