Balenciaga bakal disaman oleh CAR-FRESHNER Corporation berikutan meniru reka bentuk pewangi kereta yang merupakan produk signature keluaran mereka. Sebelum ini, Balenciaga juga pernah terpalit dengan isu yang sama kerana meniru reka bentuk beg souvenir.

Balenciaga didakwa meniru secara terus rekaan yang dikeluarkan CAR-FRESHNER Corporation. Rekaan keychain yang dhasilkan oleh Balenciaga dijual pada harga $275(RM1,116±), manakala pewangi kereta Little Trees hanya dijual pada harga $3(RM13).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

balenciasued

Walaupun harga yang dijual berbeza, Little Trees mendakwa rekaan tersebut akan ‘mengelirukan pembeli’ dan Balenciaga sudah melanggar hak cipta yang dimiliki oleh CAR-FRESHNER Corporation sejak tahun 1952.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan dibuat oleh pihak Balenciaga berikutan isu ini. Rekaan beg dan pewangi kereta sudah diciplak. Selepas ini apa pula agaknya?