Strategi Balenciaga meniru rekaan beg terkenal di seluruh dunia berdepan masalah apabila sebuah syarikat menjual barangan cenderahati dari New York, City Marchandise Inc akan mengeluarkan saman terhadap Balenciaga yang meniru rekaan beg signature keluaran mereka.

Rekaan ini diterangkan secara specific dalam saman yang dikeluarkan. Rekaan Balenciaga ‘Multicolored New York Bazar Shopper Tote’ dijual pada harga USD1,950 (RM7,980+-) meniru secara terus rekaan yang dikeluarkan City Mechandise yang dijual pada harga hanya USD19.99 (RM81+-).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

balen tiru

Dalam saman berkenaan turut dinyatakan persamaan dari segi rekaan gambar yang digunakan oleh beg Balenciaga yang sangat serupa dengan produk keluaran City Mechandise.

Direktor kreatif Balenciaga, Demna Gvasalia pasti akan lebih berhati-hati dengan rekaannya selepas ini. Mungkin beliau berpendapat rekaan ini tidak mempunyai hak cipta seperti yang beliau sudah buat untuk beberapa rekaan sebelum ini.

Beg pasar malam dan beg toto narita sudah ditiru. Beg apa pula yang Balenciaga akan tiru selepas ini?

Sumber