Balenciaga mengeluarkan produk terbaru iaitu beg plastik sampah yang berharga £1,478 atau sekitar RM8,000. Aksesori yang penuh kontroversi ini telah diperkenalkan awal tahun ini di pertunjukan fesyen Koleksi Musim Sejuk 22 Balenciaga.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Rekaan beg sampah kali ini mendapat kritikan yang meluas, dengan sebahagian daripada pengguna maya dan pemerhati fesyen menganggap apa yang dikeluarkan oleh Balenciaga adalah sesuatu yang kreatif tetapi bukan pada tempatnya.

“Balenciaga mempunyai beg sampah untuk dijual dengan harga $1,795. Saya fikir pereka fesyen adalah eksperimen sosial,” tulis seorang pengguna maya. Manakala seorang lagi berkata, “Lain kali bila seseorang meminta saya membeli beg sampah, saya akan menganggap apa yang dia minta adalah beg sampah Balenciaga.”

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Pengarah Kreatif Balenciaga Demna Gvasalia mempertahankan reka bentuk itu, beliau memberitahu Women’s Wear Daily, “Saya tidak boleh melepaskan peluang untuk membuat beg sampah paling mahal di dunia, kerana siapa yang tidak suka skandal fesyen?”

Ini bukan kali pertama rumah fesyen mewah yang berasal dari Sepanyol ini dikecam oleh orang ramai.

Pada Mei 2022, Balenciaga telah dikritik oleh pengguna kerana menghasilkan kasut ‘Tong Sampah’ yang sengaja dicipta dengan corak usang dan dijual pada £2,134.

Balenciaga keluarkan beg toto ‘Narita’ pula untuk koleksi terbaru mereka. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Balenciaga Keluarkan Beg Toto ‘Narita’ Pula Untuk Koleksi Terbaru Mereka

Balenciaga Bakal Disaman Selepas Tiru Rekaan Beg Souvenir Murah

Beg ‘Pasar Malam’ Jenama Balenciaga Ini Dijual Pada Harga RM40 Ribu