Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Jika sebelum ini Balenciaga mengeluarkan beg pasar malam dan beg toto narita yang masing masing berharga RM40,000, kali ini Balenciaga mengeluarkan beg plastik pakai buang pula. Beg plastik yang diberi nama “Supermarket Shoppers” hadir dengan tiga jenis rekaan yang diperbuat daripada plastik dengan sentuhan mewah kulit kambing.

Ketiga tiga beg ini mempunyai rekaan berbeza yang menampilkan perkataan “The Power of Dreams”, “Europe” dan logo “Double B” Balenciaga. Setiap bag hadir dengan warna berbeza. Beg pertama hadir dalam warna kuning, putih dan biru. Beg kedua hadir dalam warna “Sirop Green/Gold”. Beg ketiga pula hadir dalam warna merah dan hitam.

Koleksi beg plastik “Supermarket Shopper” ini boleh dibeli melalui laman web Balenciaga dengan harga $1,150 USD (RM4,4692) untuk saiz besar dan $950 (RM3,976) untuk saiz medium.

balenciaga-shopping-bags-01

balenciaga-shopping-bags-03

Anda Mungkin Suka